BANJIR SATU PERINGATAN ALLAH

Di sisi orang Islam yang mukmin, mereka percaya bahawa antara sesuatu kejadian itu ada kaitannya dengan kemurkaan Allah. Angin ribut, taufan, banjir, hujan dan panas adalah fenomena alam yang tidak terlepas dari 'peringatan' kepada manusia yang menghayati kebesaran Ilahi.

Di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat sejak 10 tahun lalu, negeri Kelantan yang suatu masa dahulu negeri pertama dalam ranking banjir dan bencana alam di negara ini, kini bertukar suasana menurun secara mendadak dan terkeluar dari senarai tersebut.

Mungkinkah 'keberkatan' negeri di bawah pimpinan ulama itu, maka Kelantan bebas banjir sejak 10 tahun lalu?.®