Mr. Canggih
Tindakan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad yang mendedahkan sejumlah wang yang besar disimpan untuk kepentingan politik DSAI itu sudah diduga dan tidak akan mampu mengubah pendirian rakyat tentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan ke atas bekas TPM itu.
Nampaknya pilihanraya makin hampir dan seribu kemungkinan apa sahaja lagi fitnah baru akan muncul terhadap DSAI dan BA untuk merosakkan moral dan imej parti Alternatif itu. Umpamanya selepas ini video lucah yang akan dikaitkan dengan DSAI akan diedarkan pula. Apa sahaja yang boleh mengugat nama dan prestasi BA selama ini akan dilakukan oleh UMNO biarpun mengajak rakyat menonton video lucah!.®