FITNAH KU LI YANG BARU

Memang menjadi tradisi kerajaan BN akan meneruskan agenda fitnahnya sebagaimana arahan Maha Firaun 'memerangi fitnah dengan fitnah' agenda yang dicapai dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 Oktober 1999 di PWTC.

Justeru itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) memfitnah PAS yang didakwanya sanggup mengikut telunjuk DAP dalam semua perkara semata-mata mahukan Barisan Alternatif yang dianggotainya menang pada pilihan raya umum nanti.

Fitnah itu dilihat apabila Ku Li mendakwa PAS sanggup berlutut kepada kemahuan DAP sehingga bersetuju untuk menggugurkan penubuhan sebuah negara Islam yang selama ini diperjuangkan parti itu.

Ku Li berbuat demikian sebagai satu usaha baru memfitnah PAS yang mengugurkan perkataan 'penubuhan negara Islam' dalam manifesto BA, tetapi beliau tidak menyebut bahawa perlembagaan PAS masih mendaulahkan sebuah negara Islam.

Jika seorang Islam seperti Ku Li menghina Islam dan negara Islam, layakkah beliau diangkat menjadi seorang pemimpin sebuah negara Islam?

Minda Rakyat ingin menasihatkan Ku Li supaya membaca sehingga habis manifesto BA dan jangan bacalah sebahagian sahaja. Ia adalah penting bagi rakyat seperti Ku Li untuk memahami strategi dan perancangan Kerajaan Alternatif di mana beliau adalah salah seorang rakyatnya.®