PM Maha Firaun dilaporkan sebagai berkata bahawa pakatan parti-parti pembangkang dalam Barisan Alternatif sebenarnya satu usaha menipu antara satu
sama lain. Beliau berkata demikian merujuk kepada Manifesto BA yang katanya dicapai persetujuan bersama dan kemudian dibuat pula secara masing-masing
di negeri sendiri.
Apakah Maha Firaun itu sudah membaca sepenuhnya manifesto BA sehingga habis bagaimana pun itu tidak dilaporkan. Namun Maha Firaun disifatkan berkata
rakyat tidak seharusnya menyokong pakatan parti pembangkang yang didakwanya tak jujur dan ikhlas dalam melaksanakan janji-janji mereka.
Seperti satu trend baru, manisfesto BA berjaya menarik pemimpin UMNO/BN untuk membicarakannya seperti seolah-olah mereka yang akan memilih kerajaan
baru sebagaimana rakyat biasa yang lain.®