HSBC ZALIMI PEKERJA!!!

Pengurus Besar Sumber Manusia HSBC Bank Mal Bhd Encik David Riley, seorang rakyat British adalah orang yang bertanggungjawab membuang 15 orang pekerja Bank Di HSBC baru-baru ini.

Adalah difahamkan lebih dari 200 orang pekerja bank HSBC akan dikenakan tindakan displin termasuk dibuang kerja dalam tempoh beberapa hari lagi kerana mereka telah menerima ugutan sedemikian.

Perbuatan beliau sangat dikesali dan tidak boleh di maafkan oleh segenap lapisan masyarakat kerana tatakerja beliau langsung tidak mengambil berat kebajikan kakitangan HSBC.

Difahamkan juga bahawa beliau ingin mengurangkan waktu rehat pada hari Jumaat dan ini membawa permasalahan kepada umat Islam yang diwajibkan sembahyang Jumaat. Ini membangkitkan semula sejarah dizaman penjajah dahulu yang mana kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu ia berulang lagi.

Keadaan ini memberi gambaran yang bercanggah dengan penerangan positif yang diberi oleh badan-badan kerajaan termasuk Bank negara yang memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pembuangan kerja di sektor perbankan dan keadaan ekonomi makin pulih. (kunun nya)

Saya sebagai salah seorang pekerja di HSBC, merayu kepada pihak pemerintah demi untuk menjaga kehormonian perhubungan perusahaan diantara majikan dan pekerja-pekerja Industri Bank agar permit kerja Encik David Riley di tarik balik dan 15 orang pekerja banks yang dibuang diambil bekerja semula dengan serta merta.

Akhir sekali saya penuh yakin sekiranya Barisan Alternetif diberi peluang memerintah, pekara ini dapat diselesaikan...InsyaAllah.®