"SILA-SILA SIARKAN KATA-KATA SEMANGAT"

Pembaca Minda Rakyat

Merujuk kepada pekara diatas, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama pihak tuan menyiarkan berita tersebut. Memang sudah menjadi adat perjuangan, ada diantara pekerja-pekerja hsbc yang sudah lemah semangat disebabkan berbagai-bagai ugutan. Kurang yakin kepada perjuangan Union (NUBE)dan penting pada diri sendiri merupakan faktor utama, walaupun pemimpin NUBE telah menegaskan akan berjuang hingga tercapai kemenangan.

Sekali lagi saya merayu kepada pihak tuan agar dapat menyiarkan KATA-KATA SEMANGAT bagi kami meneruskan perjuangan menentang kezaliman ini. -Semangat perjuangan DS Anwar Ibrahim boleh dibuat contoh. -Syabas kepada sahabat saya seperti R,N,J,C,M,D,Z, yang tidak tinduk kepada ugutan. InsyAllah saya akan print dan sebarkan kepada ahli kami.

(Ahli keADILan) LAWAN TETAP LAWANŽ