ANWAR TETAP JADI PM

BA tidak akan mudah menerima sogokan fitnah kerajaan BN untuk menyingkirkan DSAI menjadi Pm, sekiranya mereka berkuasa nanti.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi DAP Dr Chen Man Hin bahawa hasrat BA tetap seperti dahulu mahukan dan DSAI belum dibuktikan bersalah walauuuupun media telah menyerang beliau seolah-olah kesalahan itu benar-benar berlaku.

Dr Chen berkata DSAI perlu diberi peluang untuk menjawab dakwaan itu, dan jika ia masih tidak jelas, maka suruhanjaya siasatan perlu diwujudkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Sementara itu reaksi para penyokong Keadilan dan BA menyifatkan sogokan berita penyelewengan akaun berjumlah RM3 bilion itu hanya satu fitnah terhadap DSAI. Mereka tidak kecewa dengan berita itu, malahan semakin bersimpati dengan DSAI.

Biar apa pun yang diwar-warkan oleh kerajaan BN terhadap DSAI, sebenarnya itu menggambarkan situasi yang berlaku dalam parti UMNO dan kerajaan BN dan DSAI adalah bekar Timbalan Presiden UMNO.

Pendedahan sebegini disifatkan rakyat sebagai perbuatan UMNO membuka pekong di dada.®