DSAI mengeluarkan kenyataan medianya, menafikan beliau mengumpul wang yang dinyatakan dalam satu akuan berkanun demi kepentingan diri dan masa depan politiknya.
DSAI berkata fitnah yang dilepmarkan oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid memperlihatkan pemimpin kerajaan BN terpaksa mengalih isu penyelewengan yang mereka lakukan sebagaimana yang didedahkan dalam mahkamah sepanjang minggu ini.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan kepada para wartawan oleh isterinya DSWA di bangunan Mahkamah Tinggi di sini hari ini, DSAI menyifatkan dakwaan-dakwaan itu sebagai
tidak berasas dan cabul. Beliau seterusnya mengulangi permintaan supaya diwujudkan satu
suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat pengumpulan harta oleh para pemimpin termasuk pemimpin-pemimpin lepas.
Cara memaksa pengakuan dibuat mengikut contoh regim Hitler dan Stalin kian menjadi di negara kita. Yang mutakhir melibatkan Datuk Murad. Fitnah demikian digunakan untuk menjejaskan imej musuh politik pemimpin Barisan
Nasional, kata DSAI
DSAI juga menyifatkan fitnah itu sebagai daya mengalihkan pandangan rakyat dari harta yang dirompak oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim (Zainuddin) serta
sekutu-sekutunya, sebahagiannya sepertimana yang telah dibuktikan dalam laporan polis dan di mahkamah.
DSWA juga memberitahu bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Datuk Murad itu tidak ada kena mengena dengan kes DSAI yang sedang berlangsung.®