Kenyataan Akhbar

Usaha memperburuk kepimpinan dan KeADILan 27 Oktober 1999

 

Assalamualaikum,

Usaha-usaha untuk memperburuk kepimpinan dan Parti Keadilan Nasional makin menjadi-jadi oleh pihak yang menjadi talibarut regim Barisan Nasional.

Yang terbaru berkaitan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27hb. Oktober 1999 yang menyiarkan penangkapan Sdr. Jamil berkaitan dengan penyalah gunaan dadah. Akhbar ini menyatakan bahawa Sdr. Jamil adalah seorang Exco Pemuda KeADILan Negeri Pulau Pinang dan juga AJK Pemuda KeADILan Permatang Pauh.

Ingin saya nyatakan di sini, bahawa itu adalah tidak benar dan ia berniat jahat untuk memperburukan kepimpinan Pemuda KeADILan peringkat negeri dan bahagian. Saya nyatakan di sini Sdr. Jamil tidak pernah dan bukan seorang Exco Pemuda KeADILan Negeri dan bukan juga AJK KeADILan Bahagian Permatang Pauh.

Kita dapat lihat bagaimana media yang di bawah terlunjuk regim mahazalim ini begitu beriya-riya untuk menabur fitnah dan mengelirukan rakyat. Jadi rakyat harus menolak sekeras-kerasnya dan jangan lagi di perdayakan dengan dakyah dan fitnah mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekian,Wassalam..

Johari Kassim
Ketua Pemuda KeADILan
Negeri Pulau Pinang
Parti Keadilan Nasional