Saya ulangi tuntutan diadakan Suruhanjaya Siasatan Bebas menyiasat pengumpulan harta oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan termasuk bekas pemimpin
Cara memaksa pengakuan dibuat mengikut contoh regim Hitler dan Stalin kian menjadi di negara kita. Yang mutakhir melibat Dato' Murad. Fitnah demikian digunakan buat menjejaskan imej musuh politik pemimpin Barisan Nasional.
Ini juga adalah daya mengalih pandangan rakyat dari harta yang dirompak dari negara oleh Dato' Seri Dr. Mahathir dan Tun Daim dan sekutu mereka; sebahagiannya sepertimana yang telah saya buktikan dalam laporan polis dan di mahkamah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tanpa asas.
Anwar Ibrahim
29 Oktober 1999
Jumaat