BN SEDANG LAKSANA PROSES 'TURNING OVER'

Kerajaan BN sedang melaksanakan proses turning over terhadap rakyat yang bersimpati dengan DSAI dan para penyokong Keadilan negara ini. Tindakan itu dilihat apabila kerajaan menggunakan sedaya upayanya mengubah pemikiran rakyat supaya menerima imej pemimpin Islam dan DSAI sebagai buruk dan perlu ditolak.

Perbuatan memburuk-burukkan imej Islam itu tidak dapat diterima kerana BN sanggup menggadaikan maruah ugama demi kekuasaan yang akan dipertahankan. DSAI sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konsfirasi politik peringkat tertinggi negara yang bersifat 'melempar batu sembunyi tangan'.

Dalam hal yang lain kerajaan BN menggunakan ugutan terhadap pihak ketiga yang diperangkap untuk memburuk-burukkan memburuk-burukkan DSAI. Umpamanya dalam kes Datu k Abdul Murad Khalid, rakyat sedar bahawa Datuk Murad tersepit pada kedudukan beliau yang gagal mengistiharkan asetnya bernilai RM23 juta.

Tektik ugutan sebegini pernah dilakukan terhadap rakan sepermainan tenis DSAI iaitu Nala Karuppan.®