RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TAK PUASHATI

Ramai kakitangan kerajaan negeri ini mengeloh apabila kerajaan mengambilkira pemberian RM600 sebagai pemberian bonus berjumlah RM1000 atau sebulan gaji. Pada sangkaan mereka dengan dakwaan ekonomi dikatakan pulih, maka Menteri Kewangan akan mengumumkan pemberian bonus 'di luar dugaan' apatah lagi menjelang saat pilihanraya.

Dengan pengumuman pemberian bonus dan tambahan kenaikan gaji itu nampaknya tidak menggembirakan kakitangan kerajaan yang sudah mengeloh kerana harga barangan sudah naik sejak lebih sebulan lalu.®