BELANJAWAN NEGARA BN TAK SEHEBAT BA

Jika hendak dibandingkan antara belanjawan negara 2000 yang disediakan oleh BN dan BA, jelas tumpuan dan komitmen Kerajaan BA adalah kepada rakyat bertaraf rendah dan hidup melarat.

Umpamanya kepada pemandu teksi, jika terpilih, Kerajaan BA akan melaksanakan pemberian permit teksi secara individu yang nyata melepaskan mereka dari cengkaman pihak tertentu yang mengaut keuntungan di atas keringat mereka.

Begitu pula dalam soal perumahan rakyat, maka rakyat yang berkelayakan dan belum memiliki rumah kediaman akan diutamakan untuk memilikinya selepas 5 tahun Kerajaan Alternatif berkuasa.

Bagi kakitangan kerajaan biarpun tidak diiumumkan kenaikan gaji dan bonus, namun keputusan Kerajaan BA melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi kakitangan yang bekerja dan cuti 7 hari bagi suami masing-masing amat menggalakkan.

Jelas tumpuan Kerajaan BA membela nasib rakyat bawahan berbanding agenda belanjawan kerajaan BN. Justeru itu rakyat terutama golongan bawahan perlu memikirkan masa depan mereka bersama BA dan mengucapkan selamat tinggal kepada BN!®