Begitu banyak sekali komen dibuat oleh pemimpin kerajaan BN terhad dan dalamPemimpin yang mengamalkan budaya kotor itu tidak akan mendapat tempat
dalam parti dan harus diambil tindakan supaya parti dan negara berada dalam keadaan baik.
"Sekiranya Umno masih lagi dipengaruhi dengan kebendaan dan wang ringgit, dipimpin oleh mereka yang hanya mementingkan kedudukan masing-masing,
lama kelamaan parti kita tidak mampu berdepan dengan perubahan, tidak mampu bersaing dengan parti-parti lain di dunia globalisasi ini," katanya.
Kini adalah masanya untuk pergerakan pemuda Umno memperbaiki segala kelemahan dan mengembelingkan sepenuh tenaga agar mampu memasuki alaf baru dengan
jayanya, kata beliau.
"Saya melihat dalam kita berhadapan dengan alaf baru ini, inilah masa keemasan untuk kita berhenti seketika melihat segala kelemahan, menilai
kembali perjuangan kita, perananan anak-anak muda yang jujur," katanya.
Beliau mengingatkan yang Umno berjuang bukan untuk kepentingan individu atau golongan tertentu tetapi berjuang untuk mengangkat martabat bangsa, agama
dan negara.
Hishammuddin juga mengesa PAS berhenti daripada mengelirukan fikiran rakyat dengan mengatakan Umno tidak memertabatkan Islam dalam pemerintahan
negara.
"Umno telah berjaya memertabatkan agama Islam. PAS tidak mampu berbuat demikian, kalau dilihat sejak kebelakangan ini, PAS merelakan penguguran
penubuhan negara Islam sebagaimana yang terdapat dalam manifesto Barisan Alternatif," katanya.
Beliau juga yakin Barisan Alternatif yang disetai PAS, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak akan berjaya memikat hati rakyat untuk
membantu mereka menang pada pilihan raya umum akan datang.