LAGI FITNAH YANG DITABURKAN UMNO!

Kita baru dikejutkan oleh pendedahan Dato' Murad tentang RM 3Billion
itu. Itu pendedahan fitnah peringkat pusat! Ia akan dituruti di peringkat
negeri dan parlimen. 

Badan perhubungan Umno negeri Pulau Pinang telah menyiapkan laporan khas tentang pemberian wang rasuah politik DSAI kepada semua bahagian khasnya bahagian Permatang Pauh. 

Timbalan pengerusi Umno negeri telah bersepakat untuk memberi mandat kepada Dato'Adnan Ramli supaya beliu mendedahkan hal yang jijik ini. Dato' Adnan Ramli (bekas adun permatang pasir) dipilih kerana beliau merupakan bekas pegawai khas DSAI yang taat pada ketika dulu.

Jika berjaya mempengaruhi orang ramai...peluang Dato' Adnan Ramli dipilih sebagai calon parlimen Permatang Pauh amat cerah sekali. 

Walaupun dewasa ini Dato Ahmad Saad bagitu ghairah sekali berkempen memburuk-burukkan DSAI, tetapi orang Umno sendiri tidak yakin kewibaan beliau. 

Bakal calon adun Permatang Pasir Hj.Yahya Jamaludin juga bergerak aktif membantu Dato'Adnan Ramli kerana pencalunan beliau sebagai bakal calon permatang pasir disokong kuat oleh Sharif Omar dan Dollah Badwi. Ini adalah usaha melobi oleh Dato'Adnan Ramli.

Dato Adnan Ramli mencadangkan Ahmad Sahar Shuib-kadun penanti, Hj.Yahya Jamaludin-kadun permatang pasir dan kadun seberang
jaya-Latif Mirasa. Bekas orang kuat Sharif (awang boria) boleh membantu
anda mengesahkan perancangan ini..

Sekian,
sumber pemuda umno permatang pauh dan permatang pasir serta
kg.pelet (TIKAM DARI DALAM)