RIBUAN HADIR KARNIVAL PAS TAMBUN

Sehingga berita ini ditulis (jam 12.00 tgh) ribuan hadir pada setiap masa bagi menjaya dan menyaksi perjalanan karnival sehari PAS Kawasan Tambun bertempat di Padang Majlis Tempatan Tg. Rambutan hari ini 31 Oktober, 1999 sejak awal pagi lagi.

Antara acara yang menarik dijalankan ialah sukaneka di kalangan murid TASKI dan PASTI sekitar kawasan dan tarik tali orang dewasa. Pelbagai barangan dijual seperti buku-buku, kaset, majalah, buku ugama, barangan makanan dan lain-lain.

Cuaca yang redup-redup panas memberikan ruang dan keselesaan kepada penduduk sekitar Lembah Kinta untuk hadir sama di karnival tersebut. Pak Cik Jamal Mohamed telah menyerikan majlis dengan telatahnya yang tidak kering gusi.

Antara khdmat yang disediakan ialah khidmat guaman dan kesihatan, insuran, khidmat khairat kematian dan lain-lain. Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malek juga memberikan khidmat beliau kepada orang ramai disamping berkenalan dengan lebih dekat lagi rakyat.

Beberapa pandangan orang ramai menyatakan karnival ini berjaya menemukan seseorang yang mereka tidak sangka telah ikut serta perjuangan Alternatif, terutamanya PAS. Mereka mencadangkan pihak PAS Kawasan Tambun supaya mengadakan karnival ini di tempat yang lain di Lembah Kinta sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan untuk menarik lebih ramai rakyat bersama dalam perjuangan PAS dan satu kesempatan bagi mereka berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain.®