DATUK MUSTAPHA PULA BERBOHONG

Kenyataan Datuk Mustapa Mohamed bahawa kerajaan tidak pernah membuat pinjaman dari dalam atau luar negara hingga membebankan kerajaan dari segi kemampuan membuat bayaran balik adalah satu pembohongan yang amat nyata kepada rakyat jelata.

Beberapa bulan lalu Mahathir ke luar negara menjual bon 'kunun' dan laris US1 bilion (RM3.8bilion). Bond itu dibayar dengan janjian faedah yang tinggi. Adakah ini dikatakan sebagai tidak membebankan. Ini baru satu. Penjualan bon dilakukan sebagai usaha terakhir kerajaan BN untuk menunjukkan dengan rasa pembohongan bahawa ekonomi negara sudah pulih.

Selain dari itu beberapa percubaan PM untuk mendapatkan pinjaman dari Sultan Brunei, Jepun dan China juga amat memalukan negara. BN nyata sudah tidak berkemampuan menyelenggara ekonomi negara dengan baik. Setelah wang rakyat dalam Petronas, KWSP, LUTH, ASB/ASN dan lain-lain sumber kehabisan, maka pemimpin BN beralih kepada pinjaman luar dan terbitan bon.

Justeru itu desifit RM12 bilion seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2000 baru-baru ini amat dikesalkan oleh rakyat kerana perbelanjaan mega terus diutamakan.

Hutang negara kini meningkat lagi kepada RM112 bilion dengan pembentangan Belanjawan 2000 yang lebih condong untuk memancing undi.

Kerajaan kini ketandusan idea untuk dijadikan modal pilihanraya kerana setiap apa sahaja yang mereka kemukakan untuk rakyat sebenarnya berasaskan sesuatu yang amat lemah untuk dipercayai.

Negara perlu diselamatkan akibat pembohongan pimpinan kerajaan BN yang cuba menutup kelemahan mereka mentadbir negara dengan menuding jari kepada pembangkang yang di'kunun'kan tidak tahu fasal ekonomi negara.