HUSNI BERKEMPEN DEPAN ORANG GILA!!

Dalam waktu yang sama dengan karnival PAS Kawasan Tambun di Padang Majlis Tempatan Tg. Rambutan semalam, Ahli Parlimen Kawasan Tambun Hj. Husni Hanadzlah rupanya mempunyai agendanya sendiri.

Agaknya setelah puas merencana perjumpaan dengan rakyat Tambun yang merupakan sebahagian penduduk Lembah Kinta yang berjumlah lebih 1 juta orang itu, maka sambutan yang diperolehi tetap sama iaitu antara 30 - 300 orang sahaja bagi setiap majlis. 

Maka Ahli Parlimen Kawasan Tambun itu melepaskan giannya dengan merencanakan 'rasuah' berupa cenderahati kepada penghuni Rumah Seri Kenangan, Hospital Bahagia Tg. Rambutan, Ulu Kinta yang julung-julung kali diadakan.

Agaknya dalam hati Husni beliau berkata, puas aku ceramah depan mereka semua tak mahu faham, lebih baik aku berucap depan orang gila. Orang gila pada setiap masa akan sokongnya kerana pemberian beberapa ketul coklat pun mereka dan suka. Apa sahaja makanan, maka mereka suka berebut-rebut.

Demikianlah peri perjalanan seorang ahli politik. Sangkaan rakyat pemimpin tertinggi yang tua tu sahaja nyanyuk, tetapi yang muda juga boleh nyanyuk bila melihat dan memikirkan sambutan rakyat yang lebih gemar menyebelahi pembangkang!®