Komen Berhubung Kenyataan Murad
Ibrahim Baba
Ada pelbagai komen boleh diberikan. Seperti rakan-rakan siber yang telah banyak memberi komen, memang jelas Murad telah
diperangkap dan dipaksa mengeluarkan kenyataan yang telah direncanakan sedemikian rupa.
Perkara seperti ini bukannya yang pertama dan bukannya juga yang terakhir. Akan ada lagi siri tuduhan sedemikian selepas ini. Namun IB suka juga
melihat dari perspektif lain. Mereka merancang, Allah Maha Perancang. Mungkin tujuan mereka untuk mengimbangi pembongkaran DSAI di mahkamah. Tetapi
dengan membuat kenyataan sedemikian sehari sebelum Belanjawan 2000, telah menenggelamkan isu itu dan mengurangkan impak yang diharapkan. Ini kerana,
hari kedua selepas tuduhan Murad tersebut, akhbar-akhbar sudah tidak lagi dapat meletakkannya di muka hadapan. Semua akhbar kini tertumpu kepada
belanjawan.
Kedua, mungkin di hati Murad beliau masih sayang dan menyebelahi DSAI. Oleh kerana beliau diperangkap dan dipaksa beliau sengaja meletakkan beberapa
kesangsian dalam pertuduhan beliau:
- Kenapa pilih NGOs seperti Aliran, ABIM, IIIT dan IKD. Umum ketahui kesemua NGOs dan institusi-institusi tersebut bukannya yang ‘glamour’ dan
‘lavish’. Mereka dengan segala kedaifan bergerak dengan sukarela. Tanyalah ahli-ahli dan AJK ABIM – apa imbuhan yang diperolehi mereka.
Dengan mengaitkan ABIM, secara langsung telah mengalih sebarang sokongan lebih 70,000 ahli-ahli ABIM (harus diingat semuanya aktif mengundi)
kepada BA. Lainlah dengan ASLI (yang dipengerusikan oleh Mirzan Mahathir) dan AIDS Foundation (Marina Mahathir) – segala program dilaksanakan
dengan glamour dan extravagant. Majlis-majlis yang diatur langsung tidak mencerminkan keIslaman.
- Kenapa pilih personaliti seperti Chandra Muzaffar? Kaya ke Chandra ni? Rumah besar dan kereta mewah bersusun di rumahnya ke? Kenapa tak pilih
tokoh seperti Tun Hanif Omar, Tun Hamid Omar, Hamid Pawanteh - bukankah lebih senang nak pakat-pakat dan buktikan sebab rumah-rumah semua besar
dan kereta mewah semua bersusun. Kekayaan melimpah ke anak cucu. Adakah kerana tak boleh dicari orang-orang kaya (dari luar UMNO) yang boleh
dilibatkan dengan DSAI? Ataukah Chandra ini yang terkaya dalam mereka yang menyokong DSAI?
- Kenapa pilih Marina Yusof (MY)? Bukankah MY kuat sokong Kuli Kucalana suatu masa dulu? Tak mungkin DSAI lebih percayakah MY dari rakan-rakan
ABIMnya dalam UMNO pada masa itu. Malah ramai lagi rakan-rakan UMNO lain yang setia dalam UMNO yang rapat dengan DSAI yang sepatutnya lebih
dipercayai oleh DSAI – dan yang sepatutnya Murad tuduh. Tetapi MY lebih mudah dituduh sebab dia dah keluar UMNO dan sokong KeADILan.
- Kenapa pula Murad tidak mengaitkan nama-nama seperti Kamaruddin Mohd Nor (KMN), Fuad Hassan (FH), Zahid Hamidi (ZH), Hassan Arffin (bekas TMB
Pahang) dan ramai lagi sahabat seperjuangan ABIM DSAI dulu yang masih kekal dalam UMNO? Semestinya DSAI lebih mempercayai mereka ini untuk menjaga
dana politik beliau (jika ada). Tetapi Murad tidak boleh mengaitkan nama-nama mereka yang masih dalam UMNO. Nanti ada
‘repercussion’ lain. Ditakuti pula mereka ini apabila dilibatkan nama mereka, mereka akan membawa bersama pengikut mereka – seperti apa yang
terjadi pada Kamaruddin Jaffar (KJ) – habis lumpuh UMNO Tumpat.
- Kenapa Murad tidak juga mengaitkan nama-nama yang jelas menyokong DSAI semasa dilihat UMNO berpihak kepada DSAI dan Mahathir pada suatu masa
dulu. Kenapa tidak dkaitkan nama-nama seperti Fauzi Abdul Rahman (yang jelas menyatakan DSAI itu tetap kawan beliau dan
perihatin terhadap nasib beliau), Dr. Afiffudin (memang masih setia dengan DSAI – sebab itu diterajang oleh Mahathir ke portfolio yang lebih
rendah, Ruhanie Ahmad (yang turut berpihak dengan jelas kepada DSAI), Mahyuddin Yassin, Ramli Ngah, Nungsari ….dan ramai lagi. Adakah ditakuti
nanti ada satu gelombang baru ahli-ahli UMNO keluar parti mengikuti ketua mereka yang akan bertindakbalas keluar UMNO akibat tuduhan sedemikian?
Jika ini berlaku maka lumpuh teruslah UMNO. Ini kerana di dalam UMNO sekarang memang terlalu ramai penyokong DSAI yang masih berlakon setia kepada
Mahathir.
- Merujuk kepada #5, mungkin juga ditakuti bahawa perpecahan antara kem Najib dan kem Pak Lah akan menjadi lebih sengit. Ini kerana di kalangan
nama-nama yang harus dikaitkan dalam senarai Murad sekarang bermain politik menyokong Najib dan Pak Lah, walhal mereka sebenar duri dalam daging.
Merekalah yang banyak membocorkan rahsia kedua-dua pihak untuk melaga-laga mereka. Bila saya kata mereka yang bocorkan – bukannya mereka sendiri
tetapi orang-orang mereka. Merekakan semua bermain politik – senang nak nafikan sebab bukan mereka sendiri yang bocor. Kenapa
Murad tidak membuat laporan Polis berdasarkan pengakuannya? DAN dalam pada Murad belum membuat laporan Polis, BPR sudah tubuhkan pasukan menyiasat
tuduhan tersebut. Anehkan?®