UMNO/BN sangup melakukan apa saja demi memburuk-buruk DSAI. Kali ini membabitkan soal kredibiliti tokoh yang dijadikan sandaran oleh BA sebagai bakal
PM negara selepas pilihanraya umum negara kelak.
Pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid kununnya DSAI mengawal 20 Akaun Induk bernilai lebih RM3 bilion untuk digunakan
bagi memenuhi agenda politiknya sebagai satu senjata kepada UMNO untuk mencederakan gabungan Alternatif itu.
Walaupun reaksi pelbagai pihak berhubung dengan pendedahan itu, namun kepada rakyat ia bukanlah satu sebab mengapa mereka
harus kembali kepada UMNO/BN, apatah lagi mahu bersekongkol dengan suasana kezaliman yang sebegini hebat.
Rakyat bukannya bodoh dan biul sebagaimana sesetengah pemimpin kerajaan BN yang berlagak sombong mengampu PM secara terang dan nyata, hingga sanggup pula melakukan sesuatu di luar tabiee seorang manusia biasa dalam melaksanakan ampuisme dan bodekisme.
Walau apapun dengan pendedahan itu, keyakinan rakyat terhadap kewibawaan Anwar dan keutuhan BA akan terus bersemarak dan dalam masa yang sama akan menyebabkann UMNO/BN hilang idea bagi meneruskan daya juang fitnah mereka.
Secara sedar atau pun tidak hujah kebenaran berikutan pendedahan itu, semakin lama pekong di dada UMNO dan kerajaan BN semakin terbuka untuk dilihat dan dinilai oleh rakyat jelata. Walau pun benar hari ini BA masih memegang prinsip bahawa DSAI masih seorang tokoh sebagai PM, tetapi hakikatnya keputusan itu bukanlah mutlak sehingga memadamkan usaha mereka membangunkan negara ini jika Anwar sudah tiada.
Ramai di kalangan pemerhati politik tempatan berpendapat perkembangan mutakhir itu tidak akan mengubah pendirian rakyat terhadap keupayaan Barisan Alternatif untuk memenangi pilihan raya umum negara dan seterusnya membentuk sebuah pentadbiran yang adil, telus dan berwibawa.®