PERIHAL PEMIMPIN YANG TIDAK TAMAKKAN KUASA!!!

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya jika PAS mahu beliau berbuat demikian selepas pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang ini pun kalau PAS suruh saya berhenti, saya akan berhenti," katanya selepas mengadakan ceramah politik di Pantai Sri Tujuh, malam tadi.

Tuan Guru berkata cadangan manifesto parti-parti pembangkang yang dilancarkan baru-baru ini, untuk menghadkan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri selama dua penggal sahaj, tidak menimbulkan masalah baginya.

Menurutnya beliau sebenarnya tidak berminat untuk mengekalkan jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang untuk selama-lamanya.

Beliau berkata kesediaannya untuk melepaskan jawatan itu juga berdasarkan rasa puas hatinya terhadap kejayaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri sejak memegang jawatan itu pada 1990.

Ditanya mengenai calon penggantinya, Nik Aziz berkata pada masa ini PAS mempunyai ramai calon pengganti yang berkaliber untuk memegang jawatan menteri besar.®