AKAN LEMASKAH RAKYAT DALAM PROPAGANDA KERAJAAN BN?

Propaganda menyerang 'fitnah dengan fitnah' sudah melewati kemuncak yang maha dahsyat. Biar pun tidak diketahui babak-babak seterusnya, namun adalah dipercayai agenda peperangan ini tidak akan berakhir, malahan lebih teruk dan  akan meragut lebih banyak maruah menjelang pilihanraya umum negara.

Biar pun dipertikaikan strategi 'melempar fitnah' tersebut, namun kepada Maha Firaun sebagai manusia terdesak beliau meneruskannya tanpa berfikir panjang. Kemelut dan pergolakan itu kini semakin lama semakin mengancam dirinya serta mereka yang berada di sekeliling.

DSAI adalah sasaran utama Maha Firaun itu. Itulah sebab mengapa rakyat mudah menilai di antara fakta dan keterangan palsu yang disogokkan dalam agenda fitnah kerajaan BN. Jika untuk meruntuhkan BA, kenapa tidak sahaja dilemparkan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz umpamanya atau DSWA sendiri secara peribadi atau Syed Husin Alatas atau sesiapa dari pemimpin DAP?

Ini adalah kerana musuh utama Maha Firaun itu adalah DSAI. Justeru beliau adalah satu-satunya manusia yang bersedia mendedahkan kepincangan kabinet Maha Firaun itu, maka serangan fitnah dan agenda 'pembunuhan' akan berpusat ke arah DSAI sendiri.

Kepada BA, DSAI hanyalah seorang calon untuk jawatan PM sekiranya mereka berjaya membentuk sebuah kerajaan baru. Sudah pasti persetujuan diberikan oleh semua pihak dalam gabungan Alternatif, kerana pengalaman dan bimbingan yang mampu diberikan oleh DSAI kepada kerajaan baru Alternatif.

Akan tetapi bukanlah mutlak DSAI sebagai PM Kerajaan Alternatif. Dan sebagai sebuah kerajaan baru meskipun berharap mendapat seorang PM yang berwibawa, sesiapa sahaja yang lain layak untuk menjawat jawatan tersebut kerana di Malaysia bukan seorang sahaja yang layak menjadi PM!

Justeru itu rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan agenda fitnah yang akan dilemparkan 'lagi' oleh pimpinan kerajaan BN seterusnya. Anggap itu cuma satu serangan biasa yang dibuat untuk melindungkan kesalahan mereka sendiri. Hanya sasaran utama mereka ialah DSAI yang mereka akui pengaruhnya begitu meluas di kalangan rakyat biasa.

Namun jika itulah semata menjadi ukurannya, pasti kesilapan akan berlaku dalam strategi yang dirancangkan. Rakyat kini tidak menghiraukan sangat serangan yang dilakukan ke atas DSAI. Apa yang lebih penting di hati mereka, mereka bersatu dan berpadu, teguh dan jitu untuk menumpaskan kezaliman yang berlaku.

DSAI hanyalah alat kepada kezaliman kerajaan BN dan parti UMNO selama ini. DSAI adalah mangsa konsfirasi terkutuk dan terburuk dalam sejarah politik negara Malaysia merdeka. DSAI terkorban sebagai wira negara dan generasi masa depan. DSAI juga adalah tanda kezaliman menjadi falsafah kerajaan yang memerintah negara hari ini.

Biarlah Allah menentukan nasib DSAI. Kita hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan beliau. Jangkauan rakyat tidak akan mampu berbuat apa sahaja bagi membela DSAI justeru begitu menebalnya sikap diktator PM Malaysia dan barisan 'anggukan' kabinetnya. 

Kepada rakyat Malaysia, jika negara ini bebas dari cengkaman Maha Firaun itu dengan tumpasnya kerajaan BN dalam siri pilihanraya umum negara, maka barulah terbit usaha semula membela nasib pahlawan di penjara!!!

Polong Cyber