PERASUAH INI PUN TUMPANG SEKAKI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz 'menumpang sekaki' ke atas dakwaan Datuk Murai bahawa DSAI memiliki 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Beliau dilaporkan berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan terhadap DSAI yang menyelewengkan kuasa untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Rafidah seterusnya menegaskan jika benar bahawa DSAI terlibat dalam tuduhan itu maka ia merupakan satu pengkhianatan yang amat sangat terhadap negara.

Pengamal rasuah nombor 3 negara itu selepas Haman dan Maha Firaun begitu melepaskan geramnya terhadap DSAI tanpa menyedari kesnya didapati bersalah oleh siasatan BPR pada tahun 1995 tetapi fail siasatan dan laporan berhubung dengannya disimpan kemas oleh Maha Firaun itu sebagai senjata, sekiranya diperlukan kelak.

Beliau kini makin aktif dengan impot kereta mewah yang kerapkali didapati hasil curian dan seludup dari pelbagai negara di dunia.