LAGI AGENDA FITNAH MENYERANG 'FITNAH'

Tahniah kepada Umno Perak pimpinan Tan Sri Ramli Marcos yang diberitakan sedang menyiapkan garis panduan untuk ahli-ahlinya menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang.

Bahagian Penerangan UMNO Perak sedang menyiapkan risalah 'menangkis' setelah isu-isu utama yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang.

TSR Marcos juga berkata selain daripada risalah yang diedarkan, Umno negeri menjemput penceramah yang berpengalaman untuk menangkisnya dengan baik, walaupun setiap ceramah mereka tidak lebih dari 100 orang purata setiap ceramah.

Umno menggunakan bekas anggota parti pembangkang yang seringkali dipecat atau meletakkan jawatan kerana kepentingan politik tertentu, untuk menangkis kembali dakwaan pembangkang terutama PAS.

Umno Perak berada dibawah kepimpinan TSR Marcos lebih 15 tahun lalu dan dipercayai akan dipaksa melepaskannya oleh Maha Firaun sebagai persiapan menjelang alaf baru dan pilihanraya umum negara.®