SIAPA SEBENARNYA TIDAK BERETIKA

Ketua Penerangan Umno Datuk Dr Yusof Nor menuduh PAS kerana tidak mempunyai etika ketika mengadakan ceramahnya dengan dakwaan bahawa parti Islam itu sanggup mengadakan fitnah dan tohmahan kepada kerajaan.

Yusuf Noor juga mendakwa bahawa pimpinan PAS tidak menunjukkan contoh yang berdisplin dan baik seperti yang dituntut oleh Islam. Yusof juga mempersoalkan kemampuan sebenar PAS kerana katanya ketika berkempen PAS hanya menyentuh perkara-perkara besar sahaja seperti mengadakan pemerintahan negara Islam dan hukum hudud.

Yusuf Noor hanya seorang ulama bisu kerajaan. Beliau lupa siapa yang memulakan api fitnah. Adakah PAS atau UMNO. Apakah DSAI seorang ahli PAS yang difitnah oleh pimpinan PAS?  Adakah membela seorang yang difitnah itu dipanggil pemfitnah? Bagaimana seluruh ulama yang masih berada dalam kerajaan kerana membiarkan fitnah bermaharaja lela? Siapakah yang dapat menolak bala Allah seandainya fitnah itu tidak dihentikan?

Mr. Canggih®