RUPANYA KITA MEMPUNYAI SEORANG PM YANG PENGECUT!!

Setelah dua kali disapina oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu pada 28 Oktober dan ditangguh kepada 1 November 1999, PM akhirnya tidak menghadiri dan memberikan keterangan sebagaimana yang dikehendaki.

Jika Watie umpamanya, seorang warganegara Malaysia bertaraf seorang artis dikeluarkan waran tangkap di atas kegagalannya di Mahkamah, apa pula iatimewanya Mahathir Mohamad seorang warga negara Malaysia bertaraf Perdana Menteri?

Adakah semuanyai ini mahu menggambarkan bahawa nyata dalam perundangan negara ini ada dua undang-undang yang berbeda satu untuk Watie dan satu lagi untuk Mahathir seperti dalam contoh di atas?

Alasan demi alasan dikemukakan oleh PM Maha Firaun itu menyebabkan Mahkamah Tinggi melalui Timbalan Pendaftarnya, Rozilah Salleh bahawa Maha Firaun itu akan hanya memberikan keterangannya, selepas kedua-dua tertuduh dalam kes itu, Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, selesai memberi keterangan.

Mahkamah Tinggi pada 27 Okt lepas telah mengeluarkan sapina baru terhadap Dr Mahathir bagi memintanya hadir di mahkamah hari ini. Sapina itu dikeluarkan setelah sapina terdahulu yang dikeluarkan pada 18 Okt tidak menetapkan tarikh beliau diperlukan hadir.

Kepada rakyat memang jelas ada dua peruntukan undang-undang yang akan membela Maha Firaun itu dan satu lagi yang mengenakan tekanan ke atas rakyat biasa. Justeru itu benarlah seperti dakwaan DSAI bahawa jika seorang TPM  seperti beliau boleh mengalami nasib seburuknya, apalah kita rakyat biasa...®