JIKA 2 PENGGAL SEDIA BERUNDUR...

Pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat perlu dihormati oleh semua pihak dan bukannya didesak atau dipaksa mengikut selera politik masing-masing.

Tuan Guru beberapa hari lalu menegaskan bahawa beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai MB Kelantan dan tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh Parti Islam itu.

Pendirian Tuan Guru mestilah dihormati oleh semua pihak kerana beliau tidak tamakkan kuasa dan pangkat. Minda Rakyat menghormati pendirian MB Kelantan itu tetapi dalam masa yang sama berpendapat Tuan Guru sangat diperlukan oleh umat Islam negara ini dalam melaksanakan 'era perubahan' di alaf baru, sesuai dengan kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Jika dua penggal sedia berundur untuk memberikan laluan kepada yang lebih berwibawa, bagaimana pula seseorang yang menjadi pemimpin selama hampir 2 abad lamanya. Apakah masih tamak kuasa atau tiada seorang pun dari  22 juta rakyat mampu menandinginya?®