EXCO TAK LAYAK DUDUKI BANGUNAN KERAJAAN!

Seoang EXCO atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak layak untuk mempunyai pejabat seperti seorang pegawai awam kerana mereka hanyalah seorang ahli politik dan kedudukan mereka bersifat sementara. Walau pun begitu mereka boleh dipertimbangkan untuk mendapat keselesaan itu jika kerajaan yang memerintah berkemampuan dan tidak mendapat bantahan dari rakyat jelata.

Tetapi di negeri Perak lain pula halnya. Sebuah bangunan yang dikatakan canggih dengan kos asal RM12 juta tetapi kemudian siap dibina dengan pindaan 100 peratus menjadikan kosnya RM24 juta. Sangkaaan kakitangan kerajaan bahawa mereka akan dapat menduduki bangunan tersebut sebagai pejabat yang hampir dengan pemerintahan kerajaan negeri.

Malangnya, bangunan yang secanggih dan semahal itu bukan untuk kakitangan kerajaan. Hanya yang diutamakan dan bersifat seperti 'kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan' ialah barisan exco TS Ramli Marcos yang dengan megahnya menduduki bangunan tersebut.

Sebaliknya kakitangan kerajaan yang sebahagian besarnya memerlukan bangunan pentadbiran yang selesa dan canggih itu tidak disediakan ruang pejabat untuk mereka dan terpaksa bersesak-sesak di Bangunan Setiausa Kerajaan. Majoriti kakitangan kerajaan negeri masih tinggal di Bangunan Setiasaha Kerajaan Perak yang mempunyai 7 bangunan tinggi.

Demikianlah agenda TSR Ramli Marcos dalam menangani hal ehwal rakyat dan kebajikan kakitangannya.®