URA-URA 'LESEN' KE ATAS PENGGUNA INTERNET

Percayalah bahawa penarikan lesen TV memang ada muslihatnya. Ini adalah kerana tv kurang membawa pengaruh ke atas rakyat yang menentang kerajaan BN. Sebaliknya TV hanya ditonton oleh ahli-ahli UMNO dan para penyokong kerajaan yang zalim itu.

Dakwaan negara kerugian RM67 juta setahun kerana lesen tv dibubarkan mestilah ditebus kembali. Justeru itu Maha Firaun itu semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan masih lagi membahaskan sama ada lesen perlu dikeluarkan bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet.

Bagaimanapun, katanya jika Malaysia membenarkan telefoni Internet tanpa lesen, syarikat-syarikat telefon yang menyediakan prasarana untuk internet akan kerugian. Ini adalah satu kenyataan ber'amaran' kepada pengguna internet bahawa anda akan   diwajibkan membayar lesen sebagaimana pernah dikenakan ke atas penggunaan tv.®