BILAKAH LAGI PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN?

Julai 1995 merupakan tarikh pilihanraya umum negara yang ke 9 lalu. Ini bermakna Julai 2000 adalah tarikh akhir kepada Mahathir untuk membubarkan parlimen dan seterusnya pilihanraya dijalankan. Sehingga Julai 2000 negara hanya ada kurang lebih 7 bulan lagi.

Isyarat demi isyarat yang diharapkan nampaknya tidak menjadi. Sogokan fitnah bahawa DSAI memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion dan belanjawan pilihanraya dijangka akan membuahkan suasana yang baik, tetapi sebaliknya.

Malahan tidak sebagaimana tahun-tahun lalu, apabila belanjawan dibentangkan ia akan diikuti kenaikan mendadak BSKL yang menunjukkan reaksi dan keyakinan dalam belanjawan yang dibentangkan.

Defisit belanjawan 2000 berjumlah RM12 bilion itu cukup besar untuk ditanggung oleh sebuah negara yang ekonominya dikuasai oleh beberapa kapitalis di bumi sendiri.

Soalnya sampai bilakah Maha Firaun itu harus menunggu? Jika peluang kedua kali terbaik buatnya sudah berakhir untuk mebubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya umum negara, maka beliau akan menunggu sekali lagi yang terbaik.

F1 tidak mendatangkan formula bagi Maha Firaun itu. Kini beliau mungkin menunggu pengistiharan tahun 2000 yang merupakan satu kesempatan baginya untuk meng'gah'kan dirinya sebagai PM Malaysia yang berjaya membawa detik negara ke alaf baru 2000.

Penantian ini merupakan antara penyiksaan buat rakyat Malaysia yang sudah tidak sabar lagi hendak memangkah BA dalam pilihanraya. Namun kepada Mahathir ia lebih tertekan lagi kerana semakin pendek tempoh untuk mengadakan pilihanraya umum, semakin cemas dan ribut keadaan. Krisis soongan dan keyakinan terhadap PM itu semakin dibawa arus masa.

Jika benar Mahathir menunggu ke detik 31 Disember 1999 maka bererti beliau telah mencacatkan sejarah kegemilangan negara dan rakyat bagi menyambut alaf baru dengan kerajaan baru. Setiap detik dan waktu selepas jam 12 tengah malam 1 Januari 2000, bererti Maha Firaun itu telah mengotorkan sejarah kgemilangan negara kerana masih berada di bawah seorang PM yang dibenci rakyat dan membawa Malaysia ketinggalan berbanding dengan moral negara lain di alaf baru.

Setiap pengorbanan yang dibuat oleh rakyat dalam penantian ini mestilah ditebus kembali dengan tumbangnya kerajaan BN seperti yang diidamkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Menumbangkan kerajaan BN tidak akan menyebabkan Malaysia kerugian apa pun. Malahan apabila tertumbangnya BN, insyaAllah segala yang negatif menjadi positif, yang layu menjadi segar dan yang kelam kembali bersinar.

InsyaAllah pelabur akan datang semula dan segala industri akan terbina semula. Negara pasti menuju kembali zaman kegemilangannya apabila hasil negara akan diuruskan dengan sesempurnanya dan rakyat akan menikmati hasilnya dalam bentuk pembangunan sejagat. Manakah pilihan terbaik buat rakyat negara ini? BA atau BN.?

Selamatkanlah Malaysia!!!®