BERMACAM HAL PELIK BERLAKU MUTAKHIR INI!!!

Selepas fitnah terhadap DSAI memiliki 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion, rakyat disogokkan sekali lagi dengan pengakuan 'gadis' yang dirogol oleh Rahim Tamby Chik.

Nampaknya amat ketara sekali 'tangan gergasi' yang berada dibelakang pengakuan kedua manusia yang pastinya tahu siapakah yang menghendaki mereka membuat pengakuan 'ikhlas' mereka.

Memang anih apabila akuan berkanun dibuat pada 2 September, 1998 itu hanya dipaparkan pada 2 November, 1999 iaitu selepas setahun 2 bulan ianya dibuat. 'Tangan gergasi' itu seharusnya sedar bahawa rakyat seramai 22 juta bukan semuanya bodoh sebagaimana 'perancangan jahat' yang mereka lakukan.

Minda Rakyat sungguh kesal kerana tindakan 'tangan gergasi' itu kini amat ketara cuba membayangi setiap pengakuan dan perlakuan 'budak suruhannya'.®