EDISI KHAS: KU LI SUDAHLAH BODOH, GEMAR PULA TABUR FITNAH!!

Alangkah malangnya rakyat Kelantan sekiranya menyokong kepimpinan Ku Li yang amat nyata seorang warganegara Malaysia yang bodoh dan bahlul sekali. Beliau cuba memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat yang bertegas di atas kebenaran.

Isu asalnya telah dibangkitkan oleh Kuli Yang bodoh itu apabila membaca tanpa memahami Manifesto BA yang dikeluarkan pada 24 Oktober lalu. Dalam manifesto itu, Kerajaan BA berjanji sekiranya mereka terpilih selepas pilihanraya umum negara bahawa jawatan PM dan MB akan disandang tidak melebihi 2 penggal, mengikut peraturan biasa. 

Ini adalah untuk mengelakkan fitnah dan salahguna kuasa yang mungkin berlaku (sebagaimana sekarang oleh kepimpinan Maha Firaun). Tanpa memahami manifesto tersebut sepenuhnya, Ku Li mencabar Nik Aziz supaya jangan bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang kerana MB Kelantan itu sudah 2 penggal berada di kerusinya.

Minda Rakyat tidak terkejut apabila dalam hujahnya Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau bersedia untuk tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, sekiranya dikehendaki oleh parti Islam itu. Ini amat jelas kepimpinan seorang yang tidak tamakkan kuasa.

Agar kelihatan kebodohan Ku Li itu, maka beliau bercakap dihadapan media bahawa Tuan Guru berdusta dan berbohong kepada rakyat Kelantan. TV 3 suku pula mengiyakan kenyataan Ku Li yang dua kali lima sama macam Ku Li.

Wahai rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, pulaukan segala media terutama TV 3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan. Lihatlah secara nyata bagaimana mereka cuba membohongi kita secara 'hidup-hidup'.

InsyaAllah kepimpinan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz masih diperlukan oleh rakyat Kelantan dan seterusnya rakyat negara ini dalam mengangkat martabat dan perlaksanaan syariat Islam di alaf baru.

Amat rugi kita memilih pemimpin seorang yang buta tuli kebenaran, sudahlah jahil, bodoh pula!!! 

Minda RakyatŪ