FCAM DAN ACCCIM BUKAN SUARA MAJORITI

Kehadiran Gabungan Dewan-Dewan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (FCAM) menemui PM bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini adalah kerana mereka bukanlah suara dari majoriti masyarakat Cina yang didakwa telah yakin bahawa Maha Firaun itu akan melaksanakan Tuntutan 17 seperti yang diperjuangkan oleh hampir 2,000 Pertubuhan-pertubuhan Cina yang lain.

Justeru itu rakyat yang mudah percaya bahawa hasil pemulihan ekonomi seperti yang dicanangkan itu, pengundi masyarakat cina yang kebanyakannya ahli perniagaan akan memberi sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang.

Maha Firaun itu nampaknya terpaksa bekerja keras menarik minat kumpulan ACCCIM dan FCAM untuk menarik pertubuhan Cina yang lain di negara ini menyokong kepimpinan BN, selepas tuntutan 17 yang dikemukakan tidak diambil sebarang reaksi mengenainya.

Beberapa bulan lalu kira-kira hampir 2,000 buah pertubuhan Cina mengemukakan tuntutan 17 mereka kepada kerajaan sebagai syarat untuk mereka menyokong kepimpinan Maha Firaun dan kerajaan BN dalam pilihanraya umum negara akan datang.

Dalam pertemuan pertubuhan-pertubuhan Cina itu di Dewan Ho, Jalan Husin, Ipoh 10 Oktober lalu juga keseluruh pertubuhan Cina yang hadir dari seluruh Malaysia bersetuju bahawa tuntutan 17 adalah syarat yang mesti dipenuhi oleh kerajaan untuk mereka kembali menyokong kepimpinan MCA dan kerajaan BN.

Dalam pertemuan 10 Oktober itu juga wakil-wakil pertubuhan Cina menyalahkan MCA yang terlalu ampu hingga menyebabkan kaum Cina di negara ini gagal mengujudkan kesinambungan dalam warisan sistem budaya mereka yang kian dilupakan.