Hamid Albar Keluh Resah

Hamid Albar, seorang pencabar untuk kerusi Naib Presiden UMNO, kini amat risau dengan masa depannya dalam parti. Beliau kini digugat bukan kerana ancaman di kalangan pencabar lain tetapi lebih kerana dari dalam keluarganya sendiri. Isteri beliau sendiri telah banyak kali menyatakan pendiriannya yang tidak percaya dengan fitnah dan segala tuduhan yang dibuat ke atas Sdr. Anwar. Isterinya tidak dapat menerima bagaimana suaminya pun turut terlibat dengan hendak memalukan lagi Sdr. Anwar dan kelaurganya sekarang. 

Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh konspirator-konspirator utama. Suaminya tidak terlibat diperingkat awal. Malah suaminya sendiri beberapakali mengatakan bahawa semua tuduhan yang dibuat ke atas Sdr. Anwar adalah pakatan jahat politik pihak tertentu. Tetapi kini demi masa depan politiknya, Hamid Albar terpaksa akur dan mengikut rentak yang dimainkan oleh mereka yang di atas. 

Beberapa bulan lepas, kita turut dimaklumkan dengan kisah seorang adik Hamid Albar yang menyertai keADILan dan menjawat jawatan di dalam parti baru itu. Hamid telah mulai tidak diterima di kalangan ahli keluarga beliau sebagai pewaris perjuangan bapanya, yang digelar Singa UMNO. Khabaran terbaru dari kalangan ahli keluarga beliau, ibu kesayangan beliau turut memarahi beliau kerana kini bersengkongkol dengan kedurjanaan Mahathir. Ibunya telah beberapa kali menasihati Hamid untuk berhenti mengikut rentak kepimpinan jahat UMNO jika tidak mahu menyertai adiknya ke dalam ke ADILan. 

Dengan tamparan ini, kini Hamid terasa amat tersempit dengan suasana bantahan yang menyeluruh di kalangan ahli keluarga beliau yang sebelum ini totok UMNO. Beliau amat terasa tertekan kerana makin ramai ahli kariah beliau yang terikut sama dengan tidakan kaum keluarga beliau. Ada juga yang menyuarakan padangan mereka bahawa mereka bertindak meninggal Hamid selepas Hamid bersekongkol untuk menjalin hubungan dengan Yahudi Zionis Israel. 

WalLahu ‘Alam 

Abdul Aziz Shukri 
Subang Jaya 3 Nov 1999