PENDEDAHAN BERANI DS ANWAR IBRAHIM (SIRI 2)

  1. Sepanjang perjalanan mahkamah, Mohtar dengan segala kekuatan jabatannya berhempas pulas, bertekad menjatuhkan saya dengan kenyataan ugutan, angkuh dan berdendam. Bahkan segala dakwaan dipinda di saat akhir setelah berusaha mengaibkan saya semaksima mungkin. Bahkan ada keterangan saksi yang menyebut beliau diugut dan pendakwa merancang keterangan dengan saksi-saksi pendakwa.

  2. Di mahkamah, saya telah bersedia mengeluarkan bukti konsfirasi politik dan pendakwaan terpilih. Ini berkaitan dengan dokumen kertas pendakwaan terhadap menteri kanan yang diserahkan kepada saya oleh TSMA dan ditandatangani oleh Dato' Gani Patail. Beliau boleh berdalih, mengugut untuk menggunakan Akta Rahsia Rasmi tetapi ia membuktikan bahawa pendakwaan adalah terpilih atas arahan Dato' Seri Dr. Mahathir. Lagipun, sepertimana yang saya tegaskan di mahkamah, Akta Rahsia Rasmi tidak boleh digunakan untuk melindungi penyelewengan, rasuah dan membolot kekayaan oleh pemimpin kerajaan.

  3. Saya juga telah memaklumkan bahawa surat-surat yang ditulis oleh tiga orang ahli korporat yang telah menyerahkan wang dan saham sebanyak hampir setengah bilion ringgit kepada Tun Daim Zainuddin  secara peribadi tatakala beliau menjadi Menteri Kewangan. TSMA yang biasanya lantang terhadap salahlaku rasuah pegawai-pegawai rendah nampaknya membisu seribu bahasa dalam kes ini. Beliau  terpaksa menunggu arahan Dato Seri Dr. Mahathir untuk 'pendakwaan terpilih', dan ini mustahil berlaku tanpa pakatan erat mereka berdua.

  4. Di mahkamah juga saya telah bersedia untuk mengemukakan hujah pendakwaan terpilih dengan menyebut dakwaaan salahlaku seks yag serius terhadap Dato' Seri Dr. Mahathir. Berbeda dari sikap dendam kesumat Dato' Seri Dr. Mahathir , saya keberatan di sini  menyebutkan  nama-nama dan saksi-saksi yang disebutkan dengan usia beliau 73 tahun yang sudah mempunyai cucu. Hanya sekadar menjelaskan bahawa sebaik sahaja ada dakwaan terhadap orang yag tidak disenangi maka tindakan diambil meskipun merekacipta maklumat. Bagaimana pula dengan  kes yang melibatkan Tan Sri Rahim Thamby Chik dan lain-lain pemimpin yang membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui saluran VIP di Subang? Pegawai Kastam dan Imegresen juga mempunyai maklumat, dan bagaimana akhirnya kisah hubungan seorang Menteri dengan kes Mustakizah yang terbunuh itu?   ....bersambung...

Anwar Ibrahim
Sg. Buloh