BELANJAWAN TAK SERUPA BIKIN!

Antara agenda yang dikemukakan kedalam Belanjawan Negara 2000 tempohari, kerajaan berjanji akan meminimakan kos perubatan yang ditanggung oleh rakyat.

Tetapi selepas beberapa hari, PM Maha Firaun berkata kerajaan sedang mencari jalan untuk mengatasi masalah peningkatan kos perubatan di hospital-hospital kerajaan yang merupakan satu helah dan isyarat kepada kenaikan baru kos perubatan.

Beliau mengakui perkhidmatan perubatan percuma di negara ini bermula semasa zaman penjajah terutama bagi rakyat asing tetapi kemudian meliputi rakyat tempatan.

Maha Firaun itu juga mendakwa rakyat tidak nampak bahawa sebenarnya kerajaan cuba untuk memperbaiki perkhidmatan apabila sebelumnya merancang untuk menswastakan hospital kerajaan.

Alasan Maha Firaun itu yang mengatakan negara ini sungguh unik kerana ia menawarkan perkhidmatan perubatan percuma  itu tidak dapat diterima oleh fikiran waras manusia biasa. Ia hanya satu alasan untuk menghidupkan semula cita-cita menswastakan perkhidmatan perubatan.