ANTARA BUKTI KONSFIRASI ...

Majlis Tertinggi Umno malam tadi membuat keputusan melarang anggota parti membuat sebarang pendedahan berkaitan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum merujuk perkara itu kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku presiden parti. Dr Mahathir juga berkata larangan itu bertujuan memastikan setiap pendedahan yang dibuat mesti mempunyai bukti berbentuk dokumen.

Perdana Menteri berkata Umno akan tentukan anggota tidak membuat pendedahan sewenang-wenang iaitu yang tidak mempunyai cukup bukti dan tidak boleh dipertahankan jika ada pihak yang mengambil tindakan undang-undang.

"Kalau ahli ada apa-apa, dia (harus) beritahu kepada saya dulu, saya akan semak dan kalau saya berpendapat bahawa ia perlu sokongan daripada dokumen, saya akan minta dia dapatkan dokumen itu.

"Kalau dia tak dapat kita tak boleh dedah kerana sukar untuk mempertahankan pendedahan yang memburukkan orang lain yang tidak ada bukti," katanya.

Inilah satu bukti kediktatoran Mahathir yang secara terang dan nyata perancangan mereka memusnahkan serta mencari kesalahan DSAI.