MAHATHIR MAINKAN SEMULA ISU 13 MEI!

Semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Pendidikan Guru-guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Malaysia di Seri Kembangan semalam Mahathir kembali memainkan isu perkauman dan ugutan 13 Mei 69 terhadap kaum Cina.

Sambil berkata saranan oleh beberapa kaum yang dibuat akan diberikan perhatian, perdana menteri mengingatkan bahawa kaum-kaum di Malaysia perlu menyedari bahawa tidak semua tuntutan mereka boleh dipenuhi.

Alasannya ialah bahawa kerajaan tidak memberikan keutamaan keterlaluan kepada mana-mana kaum di negara ini untuk mengurangkan ketegangan antara kaum.

Dr Mahathir berkata walaupun ada pihak yang tidak mahu peristiwa rusuhan kaum tahun 1969 diungkit, fakta sejarah negara itu tidak boleh dilupakan kerana ia boleh merugikan negara jika tidak diambil iktibar. Dengan ini juga adalah jelas bahawa Mahathir mengguaakan isu  13 Mei untuk mengembalikan sokongan kaum Cina atas alasan perpaduan negara.