Kalangan kakitangan awam negeri ini menyifatkan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali, sebagai mempolitikkan perkhidmatan awam untuk
publisiti murahan UMNO menjelang pilihanraya umum negara.
Halim berkata kesetiaan kakitangan, ini terbukti kerana pentadbiran negara berjalan dengan baik, malahan banyak projek pembangunan bagi memulihkan ekonomi
berjalan lancar selaras dengan arahan kerajaan. Kakitangan kerajaan pula menyatakan itu adalah tanggungjawab mereka pada negara.
Justeru itu jangan mempersoalkan kesetiaaan mereka kerana memang kakitangan kerajaan perlu bertanggungjawab pada negara ini. Tetapi jangan sekali-kali mengaitkan mereka dengan UMNO, kata beberapa kakitangan kerajaan yang sempat ditemui dan email mereka ke meja pengarang.
Oleh itu tidak timbul soal lumpuhnya jentera kerajaan sebagaimana penafian oleh Ketua Setiausaha Negara itu bahawa 90 peratus kakitangan kerajaan adalah penyokong reformasi dan kerajaan BA.