SUPAYA MUDAH MENGAJI
Kesabaran ibu bapa terhadap kebebalan
anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali teruji.
Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang pertimbangan'
hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada waktu-waktu yang mereka
fikirkan sudah sepatutnya mahir.
Perbuatan ini harus dielakkan sedaya
mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah
setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang berbeza-beza.
Kaedah-kaedah yang sepatutnya digunakan
:-
-
memestikan si anak belajar membaca
al-Quran itu sekitar 15 minit SETIAP HARI. Waktunya ialah selepas
sembahyang Maghrib.
-
menegur dengan menggunakan isyarat
seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang salah
disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul.
Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya barulah diterangkan.
-
juga menegur dengan bunyi-bunyi
tertentu seperti "em","heh" dan lain-lain.
-
hanya menggunakan tangan (memukul
pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah
diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.
-
tidak sering memberi pujian jika dia
dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul seratus peratus.
-
memasamkan wajah sekitar 30 minit
selepas mengaji itu sekiranya dia gagal membaca dengan betul.
Sebaliknya memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya jika
bacaannya betul.
-
berikan sesuatu yang menyukakannya
dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah belikan ini?", jawablah;
"Sebab kamu pandai mengaji."
Hakcipta terpelihara ©
Khazanah RUSLINA MAHMOOD, 2001
|