SYARIAT Tentang Mandi Haid

SYARIAT tentang MANDI HAID

BILAKAH waktu sebenar mandi haid? Cuba saudari perhatikan 6 tips di bawah:

  1. Apabila darah haid berhenti pada waktu Zohor, bolehlah untuk kepastian menangguhkan mandi sehingga waktu Asar.  Apabila masuk waktu Asar segeralah mandi dan wajiblah Sembahyang Asar dan selepas itu mengkada Sembahyang Zohor.

  2. Apabila darah haid berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu hampir masuk Maghrib.  Kalaulah jarak waktu darah kering dengan waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat saudari mengangkat takbiratul_ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar.  Kerana itu saudari wajib mandi dengan segera dan selepas Sembahyang Maghrib wajiblah dikada Sembahyang Zohor dan Asar.

  3. Apabila darah haid kering pada waktu Maghrib, bolehlah ditangguhkan mandi sehingga ke waktu Isyak.  Apabila masuk Isyak segeralah mandi dan Sembahyang Isyak, kemudian mengkadakan Sembahyang Maghrib.

  4. Apabila darah haid kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu.  Kalaulah waktu kering itu sudah hampir ke waktu Subuh sekira-kira sempat dilakukan takbiratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak.  Maka wajiblah mandi dan kemudian kada Sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu Subuh.

  5. Apabila darah haid kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera.  Tiada waktu tangguhan untuk waktu ini.  Wajib disegerakan mandi untuk membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya.  Tapi kalau terlewat mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah dikadakan Sembahyang Subuh itu.

  6. Apabila kering darah itu selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum masuk waktu Zohor.  Bagaimanapun disunatkan mandi segera bagi membolehkan saudari sentiasa dalam keadaan suci.

Perlu diingat, jika saudari lewat mandi, makruhlah segala pekerjaan saudari.

 


Hakcipta terpelihara © Khazanah RUSLINA MAHMOOD, 2001