|
Kekayaan
yang paling terjamin ialah rasa puas dengan apa yang dimiliki. |
|
Keimanan
itu di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang
kuat, sejajar dengan kedudukan hati kepada Tuhan, maka
kemahuan dan kerelaan akan melaksanakan perintah dan
diputuskan dengan segala kejujuran. |
|
Takwa
orang Mukmin itu, bagus tawakalnya pada apa yang tiada
dicapainya, bagus redanya pada apa yang dicapainya dan bagus
sabarnya pada apa yang telah hilang daripadanya. |
|
Orang
yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki,
tenang hidupnya ialah orang yang qana'ab. Rendah
kehidupan ialah orang yang menolak dunia. Dan paling
besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui batas. |
|
Kejahatan
itu semuanya dikumpul dalam sebuah rumah sedangkan kuncinya
ialah cinta kepada dunia, dan kebaikan itu juga dikumpulkan
dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah zuhud pada dunia. |
|
Orang
beriman memandang dengan dua mata, iaitu dengan mata zahir dan
mata batin. Pandangan batin, orang tidak mahu berbuat
kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya, kerana itu
pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya. |
|
Dunia
dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu. Apabila
engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya, maka akan
marahlah yang lain. |
|
Dunia
itu laksana seorang wanita, lalu dia berhias untuk berbicara.
Sehingga apabila aku berkahwin denganya, maka leher aku akan
disembelihnya. |
|
Barangsiapa
mengadap kepada dunia, nescaya dia akan dibakar oleh api dunia,
yakni tamak sehingga dia menjadi abunya. Dan barang
siapa yang mengadap kepada Akhirat, nescaya Akhirat itu akan
membersihkannya dengan cahaya. |
|
Hari
yang telah berlalu, tidak ada lagi kesempatan di tanganmu dari
hari tersebut, hari esok yang tidak dapat mengetahuinya,
entahkan dapat menemuinya ataupun tidak; dan hari pada
saat kamu berada di dalamnya, oleh kerana itu pergunakanlah
dengan sebaik-baiknya. |
|
Untuk
mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara; berani kepada
kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai
menjaga kehormatan batin dan adil walaupun pada diri sendiri. |
|
Untuk
mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada,
supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki
musang tidak akan dimasuki ayam. |
|
Biasakanlah
bersikap jujur dan benar, walaupun anda melihat bahaya.
Yakinlah bahawa itu bahagia. Jauhilah sikap dan sifat
pendusta, walaupun anda lihat dihadapan anda bahagia, sebab
itu bukan bahagia tetapi celaka. |
|
Lapan
perkara orang hidup bahagia dan mukanya bercahaya; kesihatan
terjaga, gembira, sinar pengetahuan, kesucian batin, kekuatan
iman, tidak banyak dosa, hidup penuh harapan, berani dan sabar. |
|
Dari
kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
sebab durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit
sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum
haunya. |
|
Dalam
mendapatkan kebahagiaan janganlah cepat berputus asa, sebab
ada nyawa ada rezeki. Ketahuilah, air susu ibu yang akan
kita minum sudah tersedia sebelum kita lahir. |
|
Untuk
mencapai bahagia berusahalah terus, kerana berjalan itu asal
mulanya dari selangkah. Pohon beringin yang besar itu
asalnya dari satu biji yang kecil, dan burung yang besar
terbang di udara itu, asalnya dari sebiji telur. |
|
Orang
yang ingin hidup bahagia, ada empat macam perlu dijaga; teguh
menjaga kehormatan, reda menerima apa yang sedikit, berbuat
kebaikan setiap hari serta memelihara lidah dari perkataan
keji. |
|
Bagi
orang yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada
rumah besar yang bagus serta mewah, tetapi ianya terletak
dalam hati yang telah dapat sinar Ilahi. |
|
Manusia
biasanya menghabiskan umurnya untuk mencapai bahagia pada
jalan mencari harta, akan tetapi setelah dia mendapat harta
yang banyak hatinya semakin susah. Sesungguhnya harta
itu terletak pada yang luar, sedangkan bahagia itu terletak di
dalam.Kebahagiaan itu akan didapati apabila mendapat
keberkatan hidup, keberkatan itu ialah; memberi manfaat kepada
rohani, manfaat kepada jasmani, memberi manfaat kepada
masyarakat dan hidup diredai Allah. |
|
Kita
akan berasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita
dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri. |
|
Lima
jalan untuk mendapat kebahagiaan; bermusyuarah setiap akan
melakukan pekerjaan, bersungguh-sungguh mencapai tujuan,
membuat kebaikan, mensyukuri apa yang telah dimiliki dan tidak
suka memuji diri. |
|
Orang
yang ingin bahagia haruslah selalu mensucikan jiwa dengan;
selalu membaca alQuran, mengosongkan perut dengan jalan
berpuasa, solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada
agama, dan tidak memakan makanan haram. |