Supaya Anak-Anak Tidak Terencat Pemikiran

SUPAYA ANAK-ANAK TDAK TERENCAT PEMIKIRAN

Dalam usaha hendak menjadikan anak-anak taat, kebanyakan ibu bapa mencipta pelbagai undang-undang tersendiri keluarga.  Undang-undang ini jika dilanggar akan menyebabkan anak-anak dihukum, biasanya tarik telingan, cubit atau menampar di lengan atau punggung.  Perbuatan ini bagus pada asalnya, tetapi haruslah diingat terlalu kerap menghukum anak-anak walaupun tujuan asalnya untuk menjadikannya baik akan mengakibatkan:

  1. anak-anak terbiasa dengan kesakitan, justeru pukulan-pukulan berikutnya sudah tidak memberi apa-apa kesan.

  2. mereka menjadi insan penakut dan ini memungkinkan kerencatan pemikiran.

  3. daya kreativiti mereka akan hilang sedikit demi sedikit.

  4. perasaan kasih dan sayangkan ibu bapa pudar.

  5. timbul suatu dendam dalam jiwa anak-anak sehingga menyebabkannya menjadi nakal.

  6. kenangan yang tidak menyeronokkan dan kekal sehingga mereka dewasa.

Sebaiknya undang-undang keluarga dibentuk hanya apabila kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak itu terlalu berat umpamanya mencuri atau memukul kawan.  Kesalahan-kesalahan kecil yang kebanyakannya dilakukan secara 'tidak sedar' atau 'tidak tahu perbuatan berkenaan salah' harus dimaafkan saja dan diiringkan dengan nasihat-nasihat berhikmah.

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hendaklah kamu memuliakan dan meraikan anak-anak kamu itu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak mereka kerana anak-anak kamu itu ialah hadiah Tuhanmu kepadamu."

 


Hakcipta terpelihara © Khazanah RUSLINA MAHMOOD, 2001