|
AJARKAN
DIA SEMBAHYANG
Melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Demikianlah hakikat pendidikan.
Dalam konteks sembahyang, menanamkan kecenderungan sembahyang ini perlu
dimulakan sejak awal lagi.
-
Pamerkan
sembahyang kita di hadapan anak-anak dengan mengenakan pakaian yang lengkap
(bagi lelaki eloklah berjubah dan berserban). Biarkan anak-anak
melihat sahaja.
-
Suatu ketika
nanti mereka akan sibuk hendak mengikut. Pada waktu ini buatkan
pakaian khusus untuk mereka, seperti memakaikannya kupiah, serban dan jubah
(bagi yang lelaki) dan telekung (bagi yang perempuan).
-
Seminggu sekali
sekurang-kurangnya, apabila selesai mengaji suruh mereka mengenakan pakaian
sembahyang masing-masing dan ajarkan mereka sembahyang. Bacakan
bacaan-bacaan sembahyang itu dengan kuat dan lambat-lambat supaya mereka
dapat tiru (ajukkan).
-
Betulkan juga
gerak laku sembahyang mereka seperti bagaimana cara yang betul mengangkat
takbirratul ihram, rukuk, sujud dan lain-lain.
-
Sering-sering
bawa mereka ke masjid atau sengajakan berhenti di masjid atau surau sewaktu
dalam perjalanan. Tunaikan sembahyang secara berjemaah.

Hakcipta terpelihara ©
Khazanah RUSLINA MAHMOOD, 2001
|
|