Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Menyanggah artikel Dato Syed Hamid -UM (3.5.99)

From: Wirawan
Date: 03 May 1999
Time: 03:37:30

Comments

Keadilan untuk Anwar

PADA ketika ini pihak kerajaan sedang bekerja keras untuk melaksanakan berbagai pendekatan dasar bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang kita hadapi.

* DATUK Seri Syed Hamid Albar ialah Menteri Luar Negara.

-----------------------------------------------------------------------------

Rakyat ingin membetulkan urutan peristiwa yang diberikan oleh Datuk Seri Hamid Albar

1. Pada mulanya Datuk Seri Anwar tidak ditangkap di bawah ISA.

2. Beliau didakwa di bawah ISA selepas dicederakan oleh Tan Sri Rahim. Ini adalah satu contoh penyalahgunaan ISA.

3. Selepas itu barulah beliau didakwa mengikut Ordinan 1970 yang boleh di pertikaikan kerana ada undang-undang lain yang relevan.

4. Berbanding Tan Sri Rahim yang terbukti ganas, ikat jamin dan penjamin tidak diberikan oleh Hakim. Ini tidak adil.

5. Anggapan Datuk Syed Hamid bahawa Dato Seri Anwar telah mewujudkan suasana huru-hara adalah tidak benar. Malah rakyat masih hairan bagaimana bangunan UMNO dicerebohi sedangkan ia tertutup dan berkunci. Pada waktu itu, Dato Seri Anwar telah pulang ke rumahnya. Siapa yang punya angkara?

6. Pemilihan Datuk Augustine sebagai hakim sangat diragukan mengikut latar belakangnya.

7. Wujudnya konspirasi politik adalah jelas apabila afidavit dalam kes Dato Nallakaruppan telah dihebahkan melalui The Malay Mail sebelum mahkamah menerimanya.

8. Hakim dalam perbicaraan hanya terkenal dengan perkataan "irrelevant"nya apabila pihak pembela ingin mengemuka hujah dan saksi.

9. Sukma dan Dr Munawar disiksa, dihina dan dihukum telah menafikan semua pertuduhan terhdapa mereka.

10.Hakim yang meluluskan injunksi terhadap kes buku 50 dalil telah ditukarkan.

11.Hakim yang membenarkan Dato Seri Anwar mendapat rawatan perubatan juga di tukar.

12. Pandangan pihak-pihak guaman dan hakim antarabangsa juga mempertikaikan perjalanan mahkamah yang tidak mengikut standard antarabangsa.

13. Hukuman yang diberikan sangat berat berbanding dengan kes-kes lain.

Jelaslah kepada rakyat bahawa penulisan Dato Syed Hamid ini tidak lebih sebagai usaha untuk mendapat nama supaya beliau diberi jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO.

Inilah budaya UMNO....budaya "SHIT" yang menghalalkan semua cara samada halal atau haram.

Pada rakyat, Dato Seri Anwar telah dizalimi dan perlu dibebaskan segera.

Last changed: May 06, 1999