Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KISAH POKOK DAN NC UPM

From: RN
Date: 04 May 1999
Time: 13:54:22

Comments

Kuala Lumpur, Selasa 4 Mei Dua hari yang lalu seorang wartawan RN pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan singgah dahlu di masjid kampus itu untuk sembahyang Zohor.

Sewaktu keluar dari masjid waratawan RN terperasan sebatang pokok besar yang cantik dan usianya tentu sudah lebih 20 tahun di depan masjid itu sudah tidak ada lagi.

Daripada seorang profesor UPM, barulah diketahui nasib yang menimpa pokok malang itu. Baru-baru ini, tanpa izin pihak pentadbiran universiti, pada pokok itu sudah dipasangkan galah panjang dengan bendara... apa lagi, bendera PAS-lah! Dua hari kemudian, dengar kabarnya, ADUN Dato’ Satim Diman mengarahkan samseng-samsengnya memasang bendera UMNO pula pada pokok cantik itu. Maka berkibar-kibarlah kedua-dua bendera itu pada pokok yang sama.

Apabila Tan Sri Naib Canselor terpandang akan kedua-dua bendera itu, maka beliau pun mengarahkan supaya pokok itu ditebang akan adanya. Maka ditebanglah pokok itu.

Maka dikatakan orang UPM, "PAS dan UMNO berjuang, pokok UPM mati di tengah-tengah." - RN

Last changed: May 06, 1999