Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mahathir jadi ulama di Kubang Pasu

From: Si Pongah Pembelasah
Date: 04 May 1999
Time: 23:40:53

Comments

Alangkah anehnya Mahathir menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam di Kubang Pasu. Pada awalnya kita menjangkakan dia semata-mata mahuberceramah menggunakan pentas tersebut. Maklumlah, kalau tidak menggunakan pentas Forum Perdana Ehwal Islam, penonton tidak ramai. Jadi, tidak boleh gahkan kepada rakyat Malaysia kononnya dia masih diminati, masih disokong dan masih disayangi. Apabila menggunakan pentas tersebut, tentunya ramaiorang datang.

Tetapi rupa-rupanya dia menjadi ahli panel! Dia menjadi ulama. Kita tidak hairan sebab bagi "barisan taik yang bersistem taik", setiap ahli atau pakar dalam sesuatu bidang itu boleh diistilahkan "ulama" juga kerana dia "alim" dalam bidang itu. "Alim", bentuk jamaknya "ulama". Jadi, Mahathir adalah ulama. Ini bukan kita kata tetapi kita pernah mendengar dari mulut Hamid Othman yang mendapat julukan "Haman" ketika memberi ucapan dalam Seminar Pemikiran Islam tidak lama dulu.

Sebagai tambahan kepada gelar "ulama" untuk Mahathir itu, kita mahu tambah lagi gelar ulama kepadanya - Mahathir adalah ulama politik, ulama perubatan, ulama konspirasi, ulama fitnah, ulama Qarun, ulama pembohong, ulama penipu, ulama putar belit/putar alam.

Betapa sedihnya kita mendengar hal ini. Inilah yang dikatakan dalam sebuah hadis Rasulullah yang mafhum lebih kurang begini: Jika kamu serahkan urusan kepada yang bukan ahli, tunggulah musibahnya. Maknanya sekarang, Mahathir pun jadi panel forum agama! Sungguh kelakar. Apalah nak jadi dengan si tua ini. Sedikit lagi lagi barangkali nak jadi Nabi pulak.

Dalam forum itu, Mahathir kata kita kena ikut Al-Quran dan Sunnah. Amboi, alangkah religiousnya dia. Betapa alimnya dia. Bercakap berdegar-degar tapi ekor terpalit taik. Sebab itu patut dia dipanggil "ketua barisan taik yang bersistem taik". Tetapi kita jangan hairan dengan ucapannya itu. Kita jangan terpenharuh dengan ucapannya itu. Ucapan sebegitu boleh diucapkan oleh sesiapa saja. Anak kecil pun boleh ucap. Malah iblis pun boleh ucap begitu. Iblis bukannya tidak mengakui kebesaran Tuhan. Iblis bukannya tidak mengakui keunggulan dan kebenaran Al-Quran. Iblis bukannya tidak mengakui kebenaran sunnah. Cuma iblis itu menderhaka. Iblis boleh menyamar dalam pelbagai rupa dan datang kepada manusia lalu mengatakan kepada manusia bahawa memang Tuhan wujud, memang Tuhan itu agung dan Maha Esa. Cuma dia itu menderhaka. Maka samalah dengan Mahathir. Apabila dia cakap kita kena ikut Al-Quran dan Sunnah, maka itu belum tentu "cakap serupa bikin". Sebab, apa yang dia lakukan kebelakangan ini (mungkin juga sejak dulu), bukannya ikut AL-Quran dan sunnah, malah bertentangan pula.

Kita ingin bertanya kepada Mahathir si kepala taik dan ketul-ketul taik dalam barisan taik itu: ada ke tidak suruhan memfitnah dalam Al-Quran dan sunnah? Yang ada dalam Al-Quran ialah jangan memfitnah kerana implikasi kerosakan fitnah itu lebih besar dari membunuh. Atau, ada Al-Quran versi lain dan sunnah Nabi lain yang jadi rujukan Mahathir yang mengatakan fitnah itu boleh? Sebab itu dia kata kena ikut Al-Quran dan sunnah. Maknanya, Al-Quran dan sunnah dia sendiri la!

Memang dasar kepala taik. Bercakap berdegar-degar. Tapi ekor terpalit taik, tak perasan.

Ikut Al-Quran apa? Ikut sunnah apa? Padahal "isteri aku" (maksudnya siti hasmah) pun tak tutup aurat. Ikut Al-Qurankah itu? Ikut sunnahkah itu? Pakai rambut palsu pulak tu. Ikut sunnahkah itu? Padahal pakai rambut palsu adalah haram! Bercakap tidak terlepas dari kerongkong! Tak habis-habis menipu. Kalau ikut kisah-kisah dalam kitab, orang yang suka berbohong, apabila nak mati, susah nak mengucap, bahkan sempat lagi menipu di saat-saat menghadapi sakratulmaut.

Last changed: May 06, 1999