Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

LINTAS LANSUNG CERAMAH PERDANA HIWAR ISLAM – MA’AL HIJRAH

From: pembaca MAHAFIRAUN 2020
Date: 05 May 1999
Time: 00:05:55

Comments

Tetamu Khas : ULAMAK BESAR – USTAZ HJ MAHAkinTHIR MOHAMAD (HJ MAHAFIRAUN@PM)

Tempat : DEWAN KUBANG PASU (Tak jadi nak buat di stadium)

Tajuk : ISLAM MEMBAWA PERPADUAN UMMAH

Tarikh / Masa : 1 Mei 1999 Jam 8-30 malam

Ceramah telah ditayangkan secara lansung oleh NTV7 kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa disedari ianya telah menampakkan kesilapan dan kebodohan tetamu khas (ULAMAK BESAR) tersebut mengulas isu-isu berhubung dengan perpaduan dalam Islam.

Saya mengajak anda semua merenung sejenak petikan dan ungkapan yang telah disampaikan oleh MAHAFIRAUN semasa siaran tersebut.

UNGKAPAN 1

Dengan semangat berkobar-kobar dan tak sabar menunggu giliran untuk berleter, maklumlah nak cakap pasal Islam ni bukannya mudah. Sebaik sahaja ucapan pembuka tirai oleh pengerusi majlis, MAHAFIRAUN terus memulakan ceramahnya, yang diantaranya ialah;

" … apanama … umat Islam sekarang tak dapat bersatu padu ialah kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya … "

KOMEN 1

Terpinga-pingalah seluruh rakyat Malaysia ketika itu, seperti naik motor terus masuk gear 3. Ini kerana ceramah ULAMAK BESAR tersebut, tidak dimulai dengan MEMBERI SALAM kepada para hadhirin. Maknanya, peimimpin kita ni tidak suka mendoakan kesejahteraan untuk rakyatnya. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh nak doakan untuk kesejahteraan dia. Mampus la cepat, lagi baik!

Sudahlah tak dimulakan dengan SALAM, baca BISMILLAH pun tidak juga. Inikah ajaran Islam yang sebenarnya. Astaghfirullah hul azim. Sahlah tu, MAHAFIRAUN ni memang takut nak sebut nama ALLAH atau buat apa nak sebut nama-nama yang lebih berkuasa daripadanya atau pun sememangnya tak fasih nak sebut perkataan itu.

Tolong pesan kepada Dato’ Hamid Othman, tolong ajar PM kita ni supaya memulakan apa-apa sahaja kerja dengan BISMILLAH.

UNGKAPAN KE 2

" …. Apanama … kita haruslah memberikan sesuatu tugas khusus tersebut kepada orang yang pakar dalam bidangnya.Takkanlah pula kita nak suruh ulamak untuk bedah orang yang sakit jantung …. "

KOMEN KE 2

Saya rasa kali ini, ucapan ULARMAK BESAR tersebut terkena batang hidungnya sendiri. Cuba kita tanya dia sikit.. patutkah dan layakkah Ibrahim al-Katak itu dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ? Setahu saya, sepatutnya menteri haruslah dilantik daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri, kecuali orang yang sanggup jilat punggung PM tu.

Wajarkah Ibrahim al-katak pula yang tak pernah jadi lawyer, tiba-tiba nak cakap hal undang-undang pulak, nak saman sana, nak saman sini, dia tu layak sebagai LAWYER BURUK sahaja.

UNGKAPAN KE 3

" … dalam Quran kata … Tuhan takkan ubah nasib umat tersebut melainkan ia nya yang mengubahnya sendiri … "

KOMEN KE 3

Lagi sahlah, si MAHAFIRAUN ni angkuh dan takut nak sebut nama ALLAH. Kalau ya pun tak pandai nak berceramah, ucapan beliau sepatutnya lebih kurang berbunyi begini;

" … didalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud, aku tidak akan mengubah nasib umatku, sehingga umatku sendirilah yang mengubahnya."

Apa dia ingat ALLAH tu kawan dia kot? Saya rasa, dia patut dihantar ke sekolah agama rendah dahulu, barulah boleh cerita bab-bab yang berhubung dengan Islam.

UNGKAPAN KE 4

Lagi antara ceramahnya;

" … nabi berhijrah ke Madinah untuk kembangkan ajaran Islam, kalau orang bunuh dia ditengah jalan siapa yang akan meneruskan usaha tersebut … "

KOMEN KE 4

Asik-asyik dia sebut lagi perkataan "bunuh". Dia rasa dia tu ‘maksum’ macam nabi kot, konon-kononnya kalau dia dibunuh sekarang, tak tercapailah hasrat untuk menyebarkan ajaran Islam. Sebenarnya, dia takut tak sempat dan belum puas untuk sebarkan harta-harta kekayaan rakyat Malaysia ini kepada kroni-kroninya.

UNGKAPAN PENUTUP MAJLIS

" … untuk memupuk semangat perpaduan, kita haruslah berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya … dan kalau ada apa-apa kekeliruan, haruslah dirujuk kepada Al-Quran."

KOMEN PENUTUP

Sedarlah, rakyat telah diperbodohkan lagi. Sejak bila pula MAHAFIRAUN berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya? Mungkin selepas balik dari menunaikan Haji kot? Tetapi adakah sah Haji tersebut? Saya pernah dengar orang kata dia tak wukuf dan melontar? Sebab dia takkan pergi untuk melontar ialah kerana sasaran yang dia nak lontar tu ialah member sendiri.

Sedarlah, kalau dia betul-betul berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan merujuk kepada Al-Quran, sama-samalah kita fikirkan fakta-fakta berikut :-

A ) Siapa yang memulakan fitnah sehingga ke luar negara ?

B) Siapakah yang menghina janggut nabi dan ulamak ?

C) Siapakah yang tidak percaya kepada ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pengubat penyakit ?

D) Siapakah yang menghalalkan rasuah (Mike Tyson), menghalalkan jenayah rogol (Rahim Thamby Cik), kaki pukul boleh lepas (Rahim Noor) dan menghalalkan perjudian (sebab anak sendiri pun kaki judi ) ?

E) Sengaja membiarkan kes liwat Anwar dibicarakan di mahkamah sivil bukan di mahkamah syariah ?

Akhir sekali, apa yang menariknya semasa menghadiri ceramah tersebut, bini sendiri (Hasmah Si Rambut Palsu) pun tak bertutup aurat. Lagi sekali, penutup ceramah beliau TIDAK disudahi dengan ucapan Wassalam pun.

Layakkah orang sebegini memperkatakan soal-soal ISLAM ? ALLAHU AKBAR .. REFORMASI!!

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 5 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999