Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Sanusi Bakal Jatuh?

From: MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
Date: 05 May 1999
Time: 00:10:42

Comments

Hari ini MAHAFIRAUN membuat kenyataan yang agak pelik: katanya Sanusi "akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah walaupun ada sesetengah pihak dalam UMNO dan pembangkang mengkritik pelaksanaan pelbagai projek di Kedah."

Seorang rakan rapat Sanusi yang juga kenalan MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 berkata, "Nampaknya tak lama lagi, jatuhlah Sanusi!"

Kata rakan Sanusi itu, "PM memang macam itu. Bila orang itu nak dipecatnya, mulalah dia tunjukkan sayangnya pada orang itu. Macam Musa Hitam dulu, siap berpelukan lagi. Akhirnya tak lama selepas itu, Musa dipecat."

Tambahnya lagi, "Masa Anwar hendak dipecat pun begitu juga. Kenyataan demi kenyataan dibuat oleh Mahathir, kononnya sayang sangat pada Anwar. Akhirnya kandas juga Anwar!"

Ramai pihak di dalam Kerajaan Negeri Kedah sendiri tidak puas hati dengan cara Sanusi mentadbir negeri itu, apatah lagi setelah MAHAFIRAUN berhempas-pulas untuk menaikkan Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Osman Arof.

Tetapi selama ini, MAHAFIRAUN tidak mengendahkan kritikan terhadap Sanusi kerana ingin memastikan sokongan rakyat Kedah terhadap MAHAFIRAUN tetap terjamin. Bagaimanapun, perkembangan sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa Sanusi gagal menumpaskan gerakan Reformasi yang semakin hangat di negeri tumpah darah MAHAFIRAUN.

Kesihatan Sanusi yang masih tidak menentu juga dikatakan adalah faktor utama yang akan mendorong MAHAFIRAUN untuk menggantikan Sanusi dengan orang lain yang dapat mengepalai serang balas kerajaan terhadap gerakan Reformasi dengan lebih aktif di negeri Kedah.

Akibatnya, Osman Aroff kini "diambil" semula oleh MAHAFIRAUN sebagai "pegawai khas" di Kedah. Tidak mustahil, saat-saat kejatuhan Sanusi kini hampir tiba!

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 5 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999