Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

PUKULLAH MENANTU SINDIRLAH ANAK

From: Mat Reformasi
Date: 05 May 1999
Time: 13:17:29

Comments

Apabila MM Kutty melancap di depan khalayak media secara grafikal untuk membuktikan fitnah liwat dan zina ke atas bekas timbalannya DSAI itu benar, kita menyangka bangsa ini sudah sampai ke dasar " the pit of the moral decadance ". Kita tertanya-tanya bagaimana Pemimpin Negara PM, berpendidikan tinggi dan mengaku Islam boleh jatuh begitu rendah martabatnya hanya sekadar untuk menjatuh musuh (lebih tepat saingan) politik setelah tidak sebulu lagi, apabila amal-amal dekaden politik sendiri, korup, penyalahan guna kuasa dan wang negara, nepotisme, demi kepentingan diri, keluarga dan kroni berleluasa ditentang dan didedah, sedangkan di sekeliling pinggangnya masih penuh dengan pengampu-pengampu korup dan kurap moralnya yang berterusan tanpa rasa ingin bertaubat !

Malang sekali, apa yang tersirat di sebalik tingkahlaku murahan PM itu, disamping tindakan memobilisasi jentera kerajaan, polis, tentera dan kehakiman serta saluran media awam kemudiannya, hanyalah untuk meyakinkan bangsa ini kepada fitnah seorang wanita "fasik" dan melindungi dan menutup salahlaku diri dan konspirasi jahat kroni-kroni sendiri di belakang fitnah itu saja?. Ertinya dia(PM) mahu mendusta, lalu menyeret bersamanya seluruh bangsa ini (malah dunia seluruhnya) kedalam pit kerendahan akal-budi yang penuh dengan amalan fitnah, korup, nepotisme dan kronisme pemerintah semata-mata kerana kerakusan dan ketamakan kepada kuasa dan kekayaan negara. Segalanya tersohor apabila di akhir saga itu, yang bathil menjadi hak dan yang hak menjadi bathil. Orang yang bersalah bebas tidak di hukum dan yang tidak bersalah di hukum.

Alas! analisis penulis ini songsang. Pandangan penulis ini sonsang. "Pit itu rupa-rupanya puncak tertinggi kemanusian bangsa ini". Penulis hanyalah ternampak refleksi puncak, itu di dasar air yang jernih. Hanya bayangan maya saja! Bukan fihrasat realiti kedudukan bangsa ini. Penulis tudak patriotik melihat menurut teropong media-media asing.

Rupa-rupanya dialah PM "Bapa Malaysia Moden". Itulah jolokan media-media bangsa ini untuknya. Dialah rupanya wira bangsa merdeka ini. Dia adalah simbol kekuatan patriotik bangsa ini. Dialah nabi moden bangsa ini. Dialah yang membina puncak (1/pit) yang diduduki bangsa ini hari ini. Rakyat sentiasa diingatkannya wajib patriotik. Rakyat jangan di jajah lagi. Rakyat perlu sentiasa berbangga mengikut caranya. Itu al sunnah nabi moden sendiri ! Umpamanya muka rakyat perlu di cukur licin. Muka pemimpin juga di cukur licin. Muka cendikiawan perlu di cukur licin. Muka agamawan juga perlu di cukur licin. Berbulu dan berjanggut itu simbol kekunoan dan kemiskinan. Simbol kuno dan bodoh. Bodoh kerana tidak ada teknologi moden. Tidak tahu mencipta pisau cukur sekalipun ! Rakyat diingatkan jangan terkejut jika ada haji bahlul. Haji Bapa Malaysia Moden. Haji nabi moden. Haji tanpa perlu memenuhi syarat-syarat Tahlul. Haji tanpa perlu bercukur. Mana mungkin ada alSunnah Nabi saw bercukur dalam rukun haji. Pisau cukur pun belum di cipta. Gunting jauh sekali.

Sekarang barangkali seluruh bangsa ini benar-benar merasa pit itu sudah menjadi puncak kemerdekaan bangsa ini. Simbol kemodenan bangsa ini. Simbol kekuasaan bangsa ini. Ia adalah al-sunnah nabi moden bangsa ini. Prinsipnya mudah - MATALAMAT MENGHALALKAN SEBARANG CARA! Untuk mengangkat mertabat bangsa moden, amalan korup, nepotisme dan kronisme semuanya halal. Bangsa ini misti ramai kayawan.

Semua pemimpin moden perlu merasa selesa berada di dalam pit(1/puncak) itu. Rumah pemimpin misti besar. Kereta pemimpin misti besar. Saham pemimpin misti banyak. Semua kroni pemimpin moden perlu merasa selesa berada di dalam pit (1/puncak) itu. Rumah kroni pemimpin misti besar. Kereta kroni pemimpin pun misti besar. Saham kroni pemimpin pun misti banyak.Kalau kroni masih kurang pemimpin boleh beri dari perbendaharaan negara. Itu soal remeh.

Seluruh warga moden juga perlu merasa selesa berada di dalam pit (1/puncak). Intelektual moden perlu sama-sama merasa selesa berada di dalam pit(1/puncak) itu. Agamawan moden perlu merasa selesa berada di dalam pit(1/puncak) itu. Rakyat jelata moden perlu merasa selesa berada ke dalam pit (1/puncak)itu. Sesiapa yang keluar darinya adalah blasphame kepada agama nabi moden itu. Rakyat semua tidak boleh segan-silu lagi turun ke dalam pit itu. Rakyat sudah moden. Sesiapa yang tidak mahu bersama di dalam pit itu kufur kepada agama moden.

Agama baru rukun pun perlu baru. Pemimpin berhak membolot semua kekayaan negara. Pemimpin berhak menyorok kebenaran. Pemimpin tidak perlu telus. Itu semua urusan peribadi pemimpin. Pemimpin berhak menyalah guna amanah kuasa. Pemimpin berhak menyalah guna amanah harta negara. Pemimpin berhak menyalah guna jentera kerajaan. Pemimpin berhak mengenepikan keadilan. Pemimpin berhak mengenepikan hak-hak kemanusian sesuka hati. Kehakiman misti berada di hujung telunjuk pemimpin. Parti Pemimpin adalah golongan orang-orang menang. Parti Pemimpin adalah parti al falah. Adalah tradisi syura (demokrasi) agama moden bangsa ini " the winner takes all". Apabila menang pilihanraya boleh sapu semua!. Segala-galanya hak pemimpin yang menang. Rakyat tidak boleh bertanya apa-apa lagi. Tidak ada akauntabiliti pemimpin yang menang.

Suara pemimpin adalah suara mursyid agama moden. Rakyat tidak berhak mempersoalkannya. Pantang rakyat menyoal tentang tindak-tanduk kepimpinan. Pantang rakyat menyoal tentang fatwa pemimpin. Pantang rakyat mengetahui rahsia peribadi pemimpinnya. Siapa mempersoal dia tidak mengenang budi. Dia menggigit tangan yang memberi rezki kepadanya. Rezki yang di nikmati rakyat itu pemimpin yang beri. Siapa mempersoal beerti dia blasphame. Siapa mempersoal dia murtad bangsa ini! Siapa mempersoal dia perlu di hukum.

Adalah tradisi bangsa ini, anak-anak di pukul, di belasah, untuk menyindir menantu ! Tradisi ini tetap relevan dalam arus moden ini. Rakyat perlu mempertahankan tradisi ini. Tradisi ini perlu di amalkan. Rakyat di ajar berbangga dengannya. Inilah cara hidup bangsa ini. Begitulah cara harus bangsa ini bertindak. Pemimpin juga bertindak begitu. Intelektual juga bertindak demikian. Tidak mengapa pemimpin melancap di khalayak dunia untuk mencapai matalamat politiknya. Biar semua rakyat tahu. Tua, muda, kecil, besar semua misti tahu. Itu cara membukti fitnah zina dan liwat agama baru.

Pemimpin bijak politik. Cendikiawan bijak sastera. Tidak mengapa juga cendikiawan mencarut dan memaki di ruang seni. Cendikiawan bijak menyindir. Sastera bangsa ini perlu juga di modenkan. Budaya bangsa perlu moden. Thriller carut dan makian Holywood itu baru dan moden. Thriller carut dan makian Holywood itu perlu di terap untuk mencapai matalamat sastera satire. Semuanya halal untuk mencapai matalamat. Semuanya halal untuk mencapai politik. Semuanya halal untuk mencapai matalamat seni. Itu cara agama moden! Siapa metentang dia bodoh politik. Siapa menentang dia bodoh sastera. Siapa menentang jiwanya tidak ada seni.

Jika keberanian PM melancap di khalayak media menjadikannya wira "Bapa Moden Malaysia", maka karya Sasterawan Negara "Shit.- PM@ Puki M** " tepat pada masanya hadir mengisi kekosongan sastera moden bangsa moden ini. Rakyat wajib berbangga dengan mereka. Mereka (Pemimpin@PM dan Sasterawan@Cendikiawan) cuma berbeza ideologi. Pemimpin memodenkan negara. Cendikiawan memodenkan minda. Mereka wajar segera di nobat dengan Anugerah Nobel. Siapa mempersoal mereka blasphame agama bangsa moden ini. Siapa mempersoal pemimpin adalah bodoh politik moden! Siapa mempersoal cendikiawan adalah bodoh seni dan sastera moden bangsa ini. Anasir anti-moden perlu segera di ketepikan. Mereka adalah subversif bangsa. Negara moden tidak memerlukan mereka untuk ke alaf baru!.

Biar ramai anak bangsa moden ini terdidik menjadi pemimpin rasuah. Biar ramai anak bangsa ini terdidik menjadi pemimpin bijak menyalah guna kuasa. Biar ramai anak bangsa ini terdidik menjadi pengamal nepotisme. Biar ramai anak bangsa ini terdidik menjadi pengamal kronisme. Itu semua simbol kemodenan bangsa ini. Mereka perlu menimbun harta. Kroni mereka perlu menimbunkan harta. Itu martabat bangsa moden. Anak bangsa perlu teruskan tradisi agama moden ini. Siapa engkar dia blasphame ! Pemimpin bangsa mengajar begitu. Bapa Moden bangsa mengajar bagitu. Pemimpin adalah contoh terbaik kepada anak bangsa. Moto bangsa ialah memimpin melalui teladan. Persetankan kalau ada yang bertanya dari mana sumber kekayaan itu. Persetankan kalau ada orang bertanya bagaimana harta kekayaan itu di perolehi !

Biar juga sebahagian anak bangsa ini menjadi bisu. Kerana perut mereka sudah di isi. Perut anak bini mereka sudah di isi. Pemimpin sudah memberi rezki kepada mereka. Mereka sudah terhutang budi. Mereka perlu membalas budi itu. Biar mereka buta. Biar mereka tidak nampak kezaliman . Biar mereka jadi syaitan bisu. Agamawan mereka mengajar mereka begitu. Agamawan juga begitu. Cendikiawan juga begitu. Pemimpin sudah menyumbat perut mereka hingga ke mulut. Kalau mereka buka mulut mereka blaphame. Kalau mereka buka mulut mereka tidak bersyukur.

Biar mereka pekak kekenyangan. Biar mereka tidak mendengar jeritan memohon kebenaran. Biar mereka tuli. Biar mereka tidak mendengar pekikan memohon keadilan! Agamawan mereka mengajar mereka begitu! Agawan mereka juga begitu. Cendikiawan juga begitu. Itu ajaran baru. Ajaran agama moden. Ajaran nabi moden. Kalau mereka sahut pekikan mereka blasphame agama moden. Kalau mereka sahut pekikan itu mereka tidak bersyukur.

Biar juga sebahagian ramai anak bangsa ini menjadi pencarut. Biar ruang seni bangsa penuh dengan thriller carutan dan makian. Biar bilik-bilik darjah penuh dengan carutan. Biar media-media penuh carutan. Biar ruang media moden, internet, penuh dengan carutan dan makian anak bangsa ini. Bangsa ini bangsa maju. Bebas. Merdeka. Itu seni baru. Itu sastera baru. Seni sastera satira moden. Pemimpin juga mencarut. Cendikiawan juga mencarut. Seniman juga mencarut. Pemimpin tuladankan begitu. Cendikiawan mereka mengajar mereka begitu !

Biar anak bangsa ini menangis di jalanan mengemiskan keadilan. Biar mereka meraung memohon kebenaran. Mereka itu memalukan bangsa bangsa moden ini. Bangsa moden ini bukan papa dengan keadilan. Bangsa moden ini bukan papa dengan kebenaran. Bangsa Mereka hanyalah anak bangsa yang tidak mengenang budi. Bapa Moden tidak pernah bakhil dengan kebenaran. Bapa Moden tidak pernah kedekut dengan keadilan. Cuma mereka anak bangsa yang tidak bersyukur kepada bapa dan nabi bangsa. Maka mereka hanya layak di buru anjing-anjing pemimpin. Biar mereka di robek-robekkan oleh anjing-anjing pemimpin saja! Mereka hanya layak di belasah. Biar muka mereka berdarah. Biar kepala mereka pecah. Bangsa moden ini tidak perlu mereka semua. Mereka hanyalah pengacau ketenteraman bangsa ini. Kenapa rakyat perlu pedulikan mereka!. Hamba rakyat cuma perlu bekerja keras. Hamba rakyat perlu menambah produktiviti. Hamba rakyat perlu berhidmat memperkayakan pemimpin. Hamba rakyat perlu berkhimat memperkayakan sekaya-kayanya kroni-kroni pemimpin. Bapa bangsa moden beritahu begitu!. Bangsa ini "bangsa boleh". Mereka memang boleh. Selama ini pun mereka memang boleh. Mereka tentu merasa boleh menipu Tuhan Maha Pencipta alam ini. Mereka merasa boleh menipu orang-orang beriman. Mereka mengaku beriman kepadaNya dan KitabNya. Mereka menolak Hukum-hukumNya. Mereka menghina al Sunnah RasulNya saw. Begitulah adatnya. Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh di tarik graviti bumi jua. Sayang bangsa ini telah menipu diri mereka sendiri. Tuhan Maha Pencipta Tuan Empunya Alam di pandang dunia ini. Dunia ini tidak lebih besar dari sebelah sayap nyamuk pun berbanding dengan alam yang maha luas ini.TUHAN MAHA PENGASIH TIDAK MEROSAKKAN DUNIA MEREKA. MALAH TUHAN MENAMBAH KEKAYAAN DUNIA MEREKA. BALA BESAR TUHAN YANG MAHA BESAR YANG MENIMPA BANGSA INI IALAH KEROSAKAN ISLAM MEREKA. ISLAM MEREKA REPUT LUAR DAN DALAM. ROSAK AQIDAH. ROSAK SYARIAH. ROSAK AKHLAK. AKHIRNYA PUNCAK TERTINGGI MEREKA DI DUNIA INI AKAN TERBALIK MENJADI PIT TERDALAM (AL DARKI AL ASFALI ) DI AKHIRAT NANTI.

Last changed: May 06, 1999